Pendakwah bebas, Da’i Tajdid Hadhari terpanggil untuk memberikan teguran kepada pempengaruh, Kieda Crepe yang membuat pendedahan mengenai dirinya yang dijangkiti virus Herpes.

Artikel Berkaitan: Michael Ang ‘Sound’ Kieda Crepe Isu Herpes – ‘Semua Dah Gila, Tak Tahu Malu!’

Beri teguran

Menerusi TikTok, Da’i Tajdid yang lebih mesra disapa Ustaz Bola memaklumkan halal untuk pasangan suami isteri untuk melakukan hubungan intim namun adalah tidak patut untuk mereka berkongsi mengenai hal itu secara terbuka kepada umum.

Da’i Tajdid turut memetik satu hadis sahih mengenai isu ini sebagai tatapan dan pengajaran kepada orang ramai.

Allahuakhbar, baru-baru ini adalah lagi isu mengenai pempengaruh yang menceritakan mengenai dirinya terkena jangkitan hasil daripada hubungan intim dengan suaminya secara ‘oral’.

Ya benar, yang halal itu adalah hubungan suami isteri dan mendapat pahala.

Tapi kalau diceritakan kepada orang, itu haram hukumnya.

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, ‘Seburuk-buruk manusia dipandang Allah SWT di hari kiamat kelak adalah suami yang melakukan hubungan intim dengan isterinya kemudian menceritakan keintimannya kepada orang lain’.

Jaga aib suami isteri

Di akhir perkongsian, Da’i Tajdid berpesan kepada orang ramai untuk tidak sekali-kali membuka cerita mengenai hubungan intim sesama pasangan.

Tambahnya lagi, gunakanlah gelaran pempengaruh dengan sebaik mungkin supaya dapat mengelak aib dan fitnah dalam kalangan masyarakat.

Apa pun yang jadi biarlah ianya dalam pengetahuan kita dan pasangan saja.

Tak perlulah bercerita kepada orang apa punca penyakit ke apa, ditambah pula kita ini pempengaruh.

Tak elok, jaga aib.’

Terdahulu, Kieda Crepe menyorot perhatian apabila berseloroh mengaitkan punca jangkitan Herpes yang dialaminya dengan kebersihan alat sulit suami, Hilmi Zaki.

Kenyataan Kieda itu kemudiannya menuai pelbagai komen negatif daripada netizen.

Sumber: TikTok Da’i Tajdid