
Lebih sedekad menapak dalam industri muzik, penyanyi, Amira Othman tidak sabar berkongsi berita gembira dengan peminatnya mengenai ‘showcase’ sulung yang dijangka bakal dijayakan pada Ogos depan.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Hadiahkan Amira Othman Sejambak Bunga Tulip
Artikel Berkaitan: Amira Othman ‘Upload’ Video Fattah Amin Seloroh Buat Trend TikTok, Netizen Terkejut – ‘Berkali Tengok Betul Ke Kak Long Yang Post’
Anjur Showcase

Lebih mengujakan apabila Amira, 31, memberitahu ‘showcase’ tersebut bakal dianjur dan diuruskan oleh Fattah Amin Management.
Saya masih dalam perancangan untuk jayakan ‘showcase’ yang bakal dianjurkan oleh Fattah Amin Management, insya-Allah.
Ini merupakan kolabrasi antara pihak saya dan pihak Fattah. Bagaimanapun nanti kami mahu cari masa sesuai untuk berbincang semula. Masih di fasa perancangan.
Namun, untuk adakan sebuah ‘showcase’ merupakan salah satu impian saya cuma tak berapa yakin sebelum ini, risau tiada yang nak datang. Insya-Allah, bulan Ogos kalau jadi.
Amira berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu baharu miliknya berjudul Dalam Sujudku yang diadakan di ibu kota, pada Selasa.
Kenapa Fattah?

Dalam pada itu, disoal mengenai pemilihan Fattah Amin Management sebagai penganjur, Amira menjawab dia memerlukan sokongan pihak lain untuk merealisasikan impiannya menjayakan acara tersebut.
Sebab pihak Fattah Amin Management yang melamar saya selepas dengar hasrat saya untuk jayakan ‘showcase’.
Tambahan lagi, pengurusan Fattah pernah anjurkan ‘showcase’ juga kalau tidak silap saya. Mereka ada pengalaman.
Saya pun cakap okay sahaja kerana memang perlukan sokongan pihak lain, kalau saya sendiri buat kurang yakin.
Sementara itu, diminta berkongsi mengenai sambutan lagu Dalam Sujudku, bekas peserta Akademi Fantasia 2013 ini tidak menyangka mendapat respon positif peminat.
Jelas Amira, lagu ciptaan Farouk Roman dengan lirik oleh Senna itu begitu dekat dengan dirinya selain melodi yang indah membuatnya mudah larut dalam emosi.
Lagu ini merupakan OST untuk drama Aku Bukan Syura dan saya tidak jangka dengan sambutan diberikan peminat teerhadap lagu ini. Saya tumpang tempias drama tersebut.
Lagu ini begitu dekat dengan diri saya kerana melodinya yang galau (sedih). Mudah untuk saya selami dan berikan penghayatan. Memang jiwa saya lagu berentak perlahan.
Dalam Sujudku membawa pendengar menghayati perjalanan emosi seorang insan yang terperangkap dalam hubungan toksik, namun masih menaruh harapan dan terus berdoa kepada Tuhan meskipun jiwanya semakin hilang dalam hubungan yang memudaratkannya.








