
Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal mendedahkan tidak pernah menerima nafkah sebelum bekas suami, Jofliam menjalankan perniagaan piza wagyu sekitar tahun 2021.
Artikel Berkaitan: Usahawan Tegas Pemilihan Cik Epal Sebagai Duta Tepat – ‘Saya Perlukan Influencer Bukan Host Live’
Artikel Berkaitan: Dewi Dakwa Cik Epal Jadi Punca Bekas Suami Langgar Taklik? Keluar Rumah 6 Bulan Tanpa Nafkah – ‘Apa Yang Dikatakan Adalah Benar’
Pemberian nafkah tak konsisten

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), pemilik nama Murni Mahmud berkata pemberian nafkah yang didakwa sebanyak RM5,000 pada setiap minggu itu juga tidak konsisten.
Sebelum buat piza, satu sen nafkah pun bekas suami tidak pernah bagi.
Malah dakwa ibu tunggal itu, pada awal perkahwinan mereka juga Jofliam meminta supaya membahagikan tanggungjawab secara 50-50 kerana tidak mampu menampung perbelanjaan keluarga.
Hal Han dan Yuki tu memang tanggungjawab awak. Dari awal kahwin suruh 50-50 sebab awak tidak mampu.
Saya layankan sahaja sebab tidak kisah susah senang bersama dari awal.
Tapi Allah uji senang sikit bila perniagaan piza laku, terus menggeletis dengan wanita lain.
Sebelum ini, Jofliam mendakwa dia memberi nafkah kepada Cik Epal kira-kira RM5,000 pada setiap minggu dalam sebulan.
Tidak hanya itu, Jofliam turut memperlekehkan kontrak yang ditandatangani oleh bekas isterinya selama setahun untuk harga RM250,000 adalah jumlah yang kecil.
Bagaimanapun, Cik Epal menangkis dakwaan tersebut dengan mengatakan kontrak yang ditandatangani untuk menjadi duta jenama kosmetik hanyalah tiga bulan.
Sumber: Instagram








