
Isteri kepada penyanyi dan pengacara, Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida menitipkan kata-kata semangat kepada suaminya yang ketika ini duji dengan kontroversi konsert We 4U2C Live In Concert.
Artikel Berkaitan: AC Mizal Kecewa Dengan Kenyataan Ajai – ‘Seakan Nak Tutup Periuk Nasi 4U2C’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mohon Maaf, Tak Ada Niat Halang Mana-Mana Pihak Daripada Berkarya’ – Ajai
Beri semangat

Menerusi hantaran di Instagram, Emylia berkata, dia menjadi saksi kepayahan yang dilalui oleh suaminya bersama ahli anggota 4U2C yang lain untuk menjayakan konsert tersebut.
Orang luar tidak tahu, hanya kami sahaja yang tahu macam mana payahnya untuk buat konsert ini.
Apa yang susah sangat sampai jadi isu. 30 tahun 4U2C nak buat ‘comeback’ pun jadi isu.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi siri hantaran di entri sama, Emylia memberitahu dia dan anak-anak sentiasa berada di belakang AC memberi sokongan.
Saya sentiasa ada dengan awak, saya tahu macam mana beratnya perasaan itu. Saya dan anak-anak di belakang awak.
Pada Rabu, 4U2C mengadakan satu sidang media tergempar dengan meminta mana-mana pihak yang pernah mengeluarkan kenyataan tidak berasas berkaitan konsert We 4U2C Live In Concert untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam.
Terdahulu, isu timbul susulan komposer Man Senoi bercadang mengambil tindakan sekiranya kumpulan rap tersebut menyanyikan lagu-lagunya di konsert We 4U2C Live In Concert September depan tanpa meminta kebenarannya.
4U2C dalam sidang media sama mengesahkan penganjuran konsert mereka boleh diteruskan tanpa perlu mendapatkan persetujuan mana-mana pihak berhubung hak cipta lagu.
Sumber: Instagram








