
Pelakon Atiq Azman bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan buat keluarga kecilnya yang bakal menimang cahaya mata pertama.
Artikel Berkaitan: Netizen Risau Isteri Atiq Azman Penat Kerja – ‘First Pregnancy Kena Jaga Betul-Betul’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atiq Azman Tamat Zaman Bujang, Sah Bergelar Suami Alia Natasha – ‘Hai Isteriku’
Bakal jadi ayah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Atiq dilihat menyambut ulang tahun kelahirannya isterinya, Alia Natasha dengan hadiah istimewa yang menjadi amanah buat pasangan itu.
Pada kapsyen, Atiq meluahkan rasa syukur atas pengorbanan seorang isteri yang menjadi pasangan terbaik buatnya.
Selamat hari lahir sayang. Wanita terindah yang Allah hadirkan dalam hidup aku.
Tahun ini hadiah ulang tahun sayang bukan hanya cinta abang, tapi juga amanah paling berharga. Zuriat yang kini dah ada dalam rahim sayang.
Terima kasih sebab sabar, kuat dan terus menjadi cahaya dalam hidup abang.
Ibu yang hebat

Dalam pada itu, Atiq sempat menitipkan doa buat isteri dan anak dalam kandungan agar dipermudahkan sehingga hari bersalin.
Aku mohon, peliharalah isteri dan anakku dalam rahmat Mu.
Jadikan rumah tangga ini tempat tumbuhnya cinta, sabar dan syukur.
Semoga umurmu diberkati sayang, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan setiap langkah sebagai bakal ibu.
Abang tak sabar nak tengok sayang jadi ibu yang paling hebat untuk anak kita nanti.
Terdahulu, Atiq dan Alia mengikat tali pertunangan pada 26 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 22 Februari tahun ini yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.
Sumber: Instagram @therajaatiqullah








