
Selepas menerima teguran daripada seorang jurulatih kecergasan, bapa kepada pempengaruh cilik Abang Aji iaitu Mohd Redzuan Zainol menerima pelbagai komen daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Bapa Abang Aji Perjelas Video Makan Hanya Konten & Pemakanan Dipantau – ‘Badannya Begitu Sebab Minum Susu’
Artikel Berkaitan: Digelar Warga Asing, Jurulatih ‘Fitness’ Selar Bapa Abang Aji – ‘Tak Boleh Terima Teguran Terpulang’
Gigih bekerja
Menerusi hantaran di TikTok, individu yang dipercayai pekerja kepada Mohd Redzuan itu memuat naik video yang memaparkan rutin harian majikannya ketika berada di premis perniagaan.
Menurut individu tersebut Mohd Redzuan adalah seorang majikan yang ringan tulang dan mampu melaksanakan pelbagai tugasan pekerjaan.
Jadi bos tak semestinya duduk dalam pejabat kira duit.
Bos saya dia seorang yang hebat kerana semua perkara dia boleh buat.
Rajin berusaha

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Mohd Redzuan sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab sekaligus menepis dakwaan yang mengatakan bahawa dia mengeksploitasi anaknya demi keuntungan sendiri.
Dalam masa yang sama, mereka juga mempertahankan Mohd Redzuan daripada tomahan yang dilemparkan segelintir warganet sebelum ini berikutan dia sudah memiliki perniagaan tersebut sejak dari dahulu lagi.
Terdahulu, seorang jurulatih kecergasan menerusi sebuah video menyuarakan rasa bimbang terhadap keadaan badan Abang Aji yang mempunyai berat berlebihan di usia yang sangat muda.
Mohd Redzuan kemudian tampil memberikan respon dengan menjelaskan bahawa setiap video yang dihasilkan hanyalah untuk konten semata-mata malah dia juga memantau pemakanan anaknya itu.
Sumber: TikTok








