Selain keluarga, sahabat dan rakan baik merupakan antara insan yang sangat berharga dan memberi paling banyak makna dalam hidup kita. Biarpun sudah terpisah sekian lama, ikatan persahabatan sejati sukar untuk dileraikan.
Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter, Akashah ada memuatnaik satu video yang menyaksikan detik pertemuan bapanya dengan seorang kawan lama yang telah terpisah sejak 46 tahun yang lalu.
Bergenang air mata
Tgk la abah aku jumpa balik kawan lama,aku pula yg bergenang air mata,how i wish i had this kind of friendship ?? pic.twitter.com/ZwHLeOrWRd
— Akashah (@kashabahaman) January 20, 2020
Menerusi video yang dimuatnaik Akashah memaparkan mereka saling bersalam-salaman dan memeluk antara satu sama lain untuk melepaskan rindu yang terbuku sejak 46 tahun yang lalu. Tidak dapat menahan sebak, kedua-dua sahabat ini dilihat mengalirkan air mata. Menurut pemuda ini, mereka berdua telah mula berkawan sejak bekerja sebagai komando askar pada suatu ketika dahulu.
Bapanya yang juga merupakan orang Melaka dikatakan telah ‘menjelajah’ negeri-negeri di bahagian utara untuk mencari rakan-rakan lamanya setelah sekian lama terpisah. Nasib menyebelahinya apabila bapa pemuda ini akhirnya telah dipertemukan dengan rakan seperjuangnya.
Sahabat sejati
Detik pertemuan ini walau bagaimanapun telah mengundang sebak dalam kalangan netizen yang menyifatkan mereka berdua ini merupakan sahabat sejati. Netizen juga turut beremosi dan tersentuh hati melihat keakraban mereka.
Sumber: Akashah