Langkah penyanyi, Amsyar Lee dalam program nyanyian Sing! Asia terhenti apabila diumumkan sebagai perserta yang tersingkir pada minggu separuh akhir.

Artikel Berkaitan: Amsyar Lee Lawan ‘Stage Fright & Anxiety’ Demi Mendunia Di Sing! Asia

Artikel Berkaitan: Teka Teki Pengganti Noraniza Idris Untuk SFMM 36 Akhirnya Terjawab, Amsyar Lee Terima Segala Kecaman Netizen – ‘Saya Pandang Yang Positif’

Langkah terhenti semi final

Menerusi hantaran di TikTok, Amsyar atau nama sebenar Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri, 26, memohon maaf kerana tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Namun begitu, Amsyar tetap bersyukur diberi peluang beraksi di pentas antarabangsa dan berterima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan.

Saya tahu ramai di Malaysia dah dapat tahu yang saya tersingkir di episod separuh akhir, mungkin sebab beberapa akaun yang dah terlebih dulu berkongsi spoiler.

Jadi, saya ambil kesempatan ni untuk sampaikan sendiri, dengan hati yang terbuka. Ya betul perjalanan saya di
Sing! Asia berakhir di separuh akhir. Jangan lupa untuk tonton performance saya yang terakhir di Sing! Asia.

Saya ingin memohon maaf kepada semua yang menyokong saya dari Malaysia dan Indonesia dan dari seluruh dunia. Saya mohon maaf kerana saya tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Terima kasih kerana sentiasa berada di belakang saya, memberi semangat, mendoakan dan menjadikan perjalanan ini begitu bermakna buat saya dan saya pasti juga buat kalian yang tak pernah berhenti untuk support.

Dalam pada itu, Amsyar turut memberitahu pada peringkat separuh akhir dia akan menyampaikan sebuah lagu Hindi yang mana lagu tersebut mempunyai makna istimewa buat dirinya dan ibu tercinta.

Permulaan

Tambah Amsyar, dia tidak menganggap penyingkiran ini sebagai pengakhirran buat dirinya, sebaliknya menjadikan titik mula untuk terus mengembangkan minat dalam bidang nyanyian.

Saya melangkah ke program ini bukan untuk membuktikan apa-apa, melainkan untuk merasai semula kenapa saya jatuh cinta pada muzik.

Saya mahu mencipta, merasa, mahu tahu apa lagi yang suara ini mampu ungkapkan, selain lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan sebelum ini.

Walaupun langkah saya terhenti di sini, saya tidak menganggap ini sebagai satu pengakhiran. Ini adalah permulaan. Permulaan untuk menjadi lebih kuat. Permulaan untuk menyanyi dengan lebih jujur.

Jangan lupa untuk tonton performance saya yang terakhir di Sing !Asia. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menyokong. Saya dengar doa dan kasih sayang kalian.

Sumber: TikTok