
Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz memilih untuk menjalani pantang cara tradisional selepas melahirkan anak ketiga.
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Selamat Bersalin Anak Ketiga
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Syukur Selesai Khatam Al-Quran Sebelum Bersalin Anak Ketiga – ‘Memang Mengaji Untuk Idris’
Pantang tradisional

Menerusi perkongsian di Threads, Sasha berkata dia memilih untuk melakukan pantang cara tradisional kerana mahu memberi fokus kepada kesihatan badan.
Jelasnya, tubuh badan akan digunakan dalam tempoh masa yang panjang.
Saya pilih pantang tradisional daripada moden kerana badan mahu pakai lama.
Nampak kuat sekarang tapi untuk jangka masa yang lama nanti sakit badan.
Waktu berpantang inilah kita nak kuruskan badan, nak fokus menyusukan anak, nak sembuhkan dalaman dan nak gembirakan diri.
Pada 14 Julai lalu, Sasha berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan Idris Harris Liu dengan berat 3.5 kilogram.
Sasha juga berkongsi gembira apabila suaminya, Daily Doseof Liu, yang juga seorang mualaf, kini sudah mahir membaca dalam tulisan Arab apabila melaungkan azan di telinga Idris.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
