
Penyanyi dan penulis lagu dari Indonesia Nadhif Basalamah, bakal menemui peminatnya di Kuala Lumpur menerusi konsert istimewa bertajuk Nadhif Basalamah Menjaga Hati Kuala Lumpur.
‘Nadhif Basalamah Menjaga Hati Kuala Lumpur’
Konsert Nadhif Basalamah Menjaga Hati Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung pada 11 September 2025, jam 8 malam, bertempat di The Exchange Hall, OUG.
Nadhif yang semakin mencuri perhatian di seluruh Asia Tenggara dengan lagu-lagu pop balada yang penuh emosi dan penceritaan jujur ini mula mencipta nama melalui karya berbahasa Inggeris.
Namun, namanya melonjak naik setelah beralih kepada lagu-lagu berbahasa Indonesia, termasuk lagu hit Penjaga Hati yang menduduki carta teratas di Indonesia dan Malaysia pada tahun 2023.
Momentum itu diteruskan dengan pelancaran album sulungnya, Nadhif, pada tahun 2024 yang menerima pujian ramai dan turut meraih pencalonan di Anugerah Musik Indonesia.
Dalam satu kenyataan, Nadhif meluahkan rasa teruja untuk mengadakan jelajah konsert serantau.
Asia Tenggara, saya akan datang untuk anda! Ia adalah satu impian bagi saya untuk menjayakan persembahan dari satu bandar ke bandar lain, sambil berpeluang mengenali dan berkawan dengan setiap seorang daripada anda yang begitu hebat.
Saya berharap dapat bertemu anda semua tidak lama lagi, ini hanyalah permulaan. Saya akan mengadakan jelajah konsert pada bulan September ini, dengan persembahan di Sabah, Kuala Lumpur dan Singapura.
Tiket konsert

Nadhif bakal singgah ke Hakka Hall di Kota Kinabalu, Sabah pada 10 September dan di The Exchange Hall, Kuala Lumpur pada 11 September ini.
Konsert di Kuala Lumpur ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah yang turut merangkumi persembahan di Sabah dan Singapura.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai kehangatan suara dan pesona Nadhif secara langsung! Tempahan tiket boleh dibuat sekarang di laman https://www.ticketmelon.com/bbe/nbkl/








