![[VIDEO] Arrora Salwa Tegas Didik Anak Tiri, Campak Buku Untuk Mengajar – ‘Semua Boleh Jadi Ibu Tapi Untuk Mendidik Bukan Mudah’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/arrora-salwa.jpg)
Cara didikan penyanyi Arrora Salwa pada anak tirinya meraih perhatian apabila dikatakan tegas dari segi pendidikan.
Artikel Berkaitan: Arrora Salwa Sertai GV11 Untuk Buktikan Kemampuan, Sanggup Ambil Cuti Tanpa Gaji Selama Empat Bulan
Artikel Berkaitan: Didakwa Guna ‘Mak Esah’ Untuk Kekal Dalam GV, Arrora Salwa Harap Peminat Bertenang – ‘Anggap Je Hiburan, Kalau Lebih I Know What To Do’
Mak tiri garang
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Salwa Md Razak ini dilihat berang apabila anak tirinya, Ahmed Ehsan Ahmed Mahfuz tidak melaksanakan tugasan sekolah setelah hampir sebulan bercuti.
Ujarnya, dia enggan anak tirinya merasakan kesusahan dan kepahitan hidup yang pernah dilaluinya.
Jangan persoal kenapa buku terbang. Ini bukan soal hormat atau tidak ilmu.
Siapa faham, faham lah. Siapa tak faham, tak mengapa.
Semua orang boleh jadi ibu. Tapi untuk mengalas tanggungjawab sebagai pendidik itu bukan mudah. Kita lalui kesusahan dan kepahitan dalam hidup, sebagai orang tua, kita tak nak anak rasa dan lalui.
Saya sebagai ibu tiri perlu bijak dalam segala hal.
Saya memang garang dan tegas, tapi bila waktu bergurau, anak-anak seolah lupa saya seorang ibu tiri yang garang.
Raih pujian




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bangga melihat cara didikan pelantun lagu ‘Ahmad’ itu yang tidak manjakan anak. Selain itu, warganet sempat berseloroh mengatakan kegarangan Arrora dirasai penonton walaupun tidak berstatus sebagai anak tirinya.
Sumber: TikTok @arrorasalwa





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

