Penyanyi dan pelakon, Erissa Puteri sekali menjadi perhatian sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok, pada Ahad.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baju Sanding Erissa Puteri Jadi Bualan Netizen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Erissa Puteri Galak Menari

Ditegur netizen

Menerusi sesi siaran langsung tersebut, Erissa atau nama lengkapnya Erissa Puteri Hashim yang sedang melakukan rutin penjagaan kulit dilihat mengenakan ‘dress’ berona hitam.

Walau bagaimanapun, pakaian yang dikenakan bekas peserta ‘Ceria Popstar’ ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Tidak berdiam diri, Erissa tampil menegur tindakan segelintir netizen yang dilihat meninggalkan kecaman teruk kepadanya.

Saya akan ambil teguran mereka yang menegur saya secara baik. Doakan sajalah yang terbaik buat saya.

Daripada korang tegur macam ini, maki-maki saya, tak akan dapatkan pahala dan tak akan bawa korang ke syurga pun.

Kenapa nak tunggu orang berdoa? Saya tanya korang semula, salah ke berdoa (yang baik-baik untuk saya?)

Tegur dengan baik

Dalam masa yang sama, Erissa yang baru mendirikan rumah tangga pada April lalu mengakui pemakaiannya agak menjolok mata namun memohon orang ramai menegurnya secara baik.

Saya mengaku memang salah dan berdosa pakai macam ini.

Tapi kenapa bila saya pakai ‘perfect’, pakai baju lengan panjang dan berseluar panjang, tak ada yang bercakap apa-apa?

Tapi bila buat salah sikit? ‘Wow it’s crazy’.

Menerusi sesi siarang langsung itu juga, Erissa memaklumkan kecaman berlebihan yang diberikan netizen sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kesihatan mentalnya.

Saya bukan nak mengarah tapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesihatan mental saya.

Sebelum ini, Erissa pernah menerima teguran daripada netizen yang menganggap gaya pemakaiannya agak menjolok mata.

Untuk rekod, Erissa selamat bergelar isteri kepada Erissa Puteri selamat bergelar isteri kepada Muhamad Danial Iskandar di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah, Dr Adam dalam sebuah majlis bertemakan serba putih.

Sumber: TikTok