
Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie meletakkan keutamaan kepada kumpulannya berbanding menonjol secara individu.
Artikel Berkaitan: Floor 88 Nyaris Disaman Penganjur, Pengurus ‘Lock’ Persembahan & Ambil Deposit – ‘Kita Masih Fikir Aib & Ahli Keluarga Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayie Floor 88 Sedih Cerita Fasal Adik ‘Down Syndrome’ – ‘Saya Pantang Bila Orang Sentuh Keluarga’
Utamakan Floor 88

Walaupun sering menerima tawaran persembahan solo, Ayie, 27, berkata, dia lebih selesa berkongsi pentas bersama rakan-rakan seperjuangannya.
Menurut Ayie, dia tidak pernah tergoda dengan bayaran tinggi sekiranya tawaran tersebut tidak melibatkan seluruh anggota kumpulan Floor 88.
Saya kalau dapat job solo, kebanyakan saya akan tolak. Saya tidak akan terima. Saya akan utamakan tawaran berkumpulan.
Ada sahaja panggilan untuk saya buat persembahan secara solo, kemudian saya akan tanya berapa bajet penganjur. Daripada bajet itu saya makan sorang lebih baik bahagi sama rata dengan ahli Floor 88 yang lain.
Saya utamakan Floor 88, banyak juga tawaran solo saya tolak. Walaupun bayaran besar, tapi tak mampu untuk panggil satu band pun saya akan tolak.
Ayie berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media lagu terbaharu Floor 88 berjudul ‘F’ yang diadakan di Cafe Rusa, Puchong, baru-baru ini.
Gaduh adik-beradik

Lapan tahun bersama, Ayie berkata, Floor 88 membuktikan bahawa kekuatan sebuah kumpulan bukan sekadar pada karya, tetapi juga pengurusan dalaman yang matang.
Salah satu rahsia kekal utuh adalah dengan mengelakkan isu yang sering menjadi punca perpecahan kumpulan muzik iaitu berkaitan duit.
Ada band-band yang bertanya kepada kami macam mana boleh bertahan sehingga lapan tahun, sebab band punya isu selalu adalah masalah fasal duit.
Jadi untuk mengelak pergaduhan fasal duit, perkara-perkara seperti job solo itu perlu dielakkan kerana mungkin boleh cetuskan isu.
Seperti kumpulan lain, Floor 88 juga tidak lari daripada berlaku salah faham. Namun, kata Ayie, setiap pertelingkahan yang berlaku tidak pernah berlarutan kerana masing-masing sudah matang dan tahu menghormati satu sama lain.
Tipu kalua tiada salah faham atau pergaduhan. Selalu kalau gaduh antara kami, kami akan buat-buat macam tiada apa berlaku. Tahu-tahu akan berbaik sendiri.
Contoh macam siang gaduh, malam dah boleh main game sama-sama. Boleh dikatakan setiap projek lagu baharu kami, mesti akan ada salah faham berlaku.
Gaduh macam sekali pun, tiada siapa yang akan keluar daripada kumpulan Floor 88.
Dalam perkembangan lain, Floor 88 muncul dengan lagu ‘F’ yang diilhamkan daripada penggunaan bahasa rahsia iaitu ‘F’.
Single terbaharu ini merupakan kritikan sosial terhadap tiga sistem kasta yang membezakan rakyat melalui harta dan pangkat.
Lagu ini menceritakan tentang liku-liku kehidupan dan realiti yang dihadapi rakyat masa kini.








