
Festival makanan dan gaya hidup terbesar di Lembah Klang iaitu Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta 2025 yang julung kali diadakan menyediakan hampir 300 lot niaga sempena sambutan Hari Malaysia dan Hari Usahawan Negara (HUN) 2025.
Artikel Berkaitan: Malika Mega Music Festival 2025: Perayaan Budaya & Muzik Paling Berprestij Di Malaysia!
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Bakal Gegarkan Pentas Hausboom Music Festival 2024
Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta 2025

Festival anjuran Raydiates Blue Sdn. Bhd. (Raydiates) bersama Foodie Media (KL Foodie) akan berlangsung dengan pelbagai aktiviti dan jualan bermula 12 September ini selama lima hari di perkarangan parkir Stadium Nasional Bukit Jalil.
Penganjur bersama yang juga Pengarah Urusan, Raydiates, Rayme Zainal berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan vendor makanan, minuman, fesyen, kraf dan produk gaya hidup untuk menyertai festival itu.
Menurut Rayme, lot niaga adalah terhad mengikut kategori dan akan dibuka untuk jualan kepada peserta atau usahawan yang mendaftar awal.
Anjung Malaysiaku X Foodie Fiesta 2025 bukan sekadar festival makanan, ia adalah platform untuk mengangkat usahawan tempatan, mempromosikan budaya Malaysia, dan merapatkan jurang antara komuniti perniagaan dan masyarakat bersempenan sambutan Hari Malaysia dengan sokongan dari Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC).
Kerjasama strategik dengan Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) bersempena Hari Usahawan Negara (HUN) 2025 memberikan nilai tambah kepada penganjuran itu kerana ia menghubungkan terus peserta dengan peluang perniagaan, jaringan usahawan dan akses pasaran yang lebih luas.
Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta dianjurkan Raydiates dan KL Foodie milik pempengaruh terkenal, Pinn Yang dengan kerjasama DPUM bagi menyokong HUN yang merupakan platform mega menghimpunkan ribuan usahawan, inovator, dan pemain industri dari pelbagai latar belakang, bidang dan skala perniagaan.
Dengan tema Usahawan Nadi Negara, HUN 2025 bukan sahaja medan perniagaan malah menjadi pengalaman lengkap yang mempamerkan keindahan dan kepelbagaian Malaysia kepada dunia menerusi pelbagai aktiviti.
Antaranya pameran perniagaan tempatan dan antarabangsa, forum dan perkongsian bersama ikon industri, pertandingan inovasi dan pitching pelaburan serta jaringan perniagaan.
Mengulas lanjut, Rayme menambah, bagi mencipta kelainan, penganjur akan mengadakan sesi Live Podcast bersama figura terkenal tanah air, aktivititi demo masakan dan penglibatan pempengaruh antara tarikan utama bagi menarik pengunjung memandangkan tarikh festival merupakan cuti panjang hujung minggu selama empat hari.
Menurut Rayme, ini kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan 15 September ini sebagai hari pelepasan am tambahan bersempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.
Namun orang ramai tidak perlu bimbang kerana selain terdapat kemudahan stesen LRT untuk ke sana, terdapat banyak tapak parkir kenderaan disediakan di sekitar kawasan bagi menampung pertambahan jumlah pengunjung.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian +6011-11433286, +6013-5086807 atau +6012-5518189.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

