
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal mengakui dia dan suami, Aeril Zafrel, menghadiahkan sebuah kedai kepada anak mereka, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, sebagai galakan terhadap minat serta kebolehan kanak-kanak itu dalam bidang perniagaan.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Risau Wawa Zainal & Hayla Kena Penyakit Ain
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Hadiahkan ‘Chiller’ Kepada Haura, Sokong Minat Anak Jadi ‘Baker’
Pupuk minat anak

Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, berkata inisiatif tersebut bertujuan memupuk minat keusahawanan sejak kecil dalam diri Hayla.
Saya lihat minat Hayla dalam dunia perniagaan dan saya fikir ini adalah antara dorongan yang boleh diberikan untuk pupuk minat dia menjadi usahawan sejak kecil. Mungkin satu hari nanti bila dewasa boleh jadi usahawan berjaya.
Wawa berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun kelahiran ke-10 Hayla di Kajang, pada Ahad.
Tambah Wawa, pemberian kedai itu juga sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk melatih anaknya mewarisi perniagaan mereka yang dibina selama ini.
Saya dan suami juga tidak tahu berapa lama bertahan dalam bisnes, jadi apabila sudah pupuk minat kepada anak lebih mudah. Andai satu hari nanti kami serahkan perniagaan yang sudah ada kepada dia, mudah untuknya uruskan.
Jualan cecah RM100,00

Dalam pada itu, Wawa memberitahu, kedai yang diberi nama Sweet Layers by Hayla itu dihadiahkan sebagai tanda penghargaan selepas Hayla berjaya mencatat jualan kek batik mencecah RM100,000 dalam tempoh kurang sebulan.
Hadiah ini juga sebagai tanda syukur kerana jualan Hayla telah berjaya mencecah RM100,000. Paling membanggakan jualan itu diperoleh kurang daripada sebulan Hayla jual produknya.
Saya juga fikir jika mahu capai jualan yang lebih banyak lagi, perlukan kedai fizikal. Sebelum ini, Hayla dan pembantu yang uruskan semua tempahan. Selepas ini akan ambil pekerja supaya proses pengurusan lebih mudah.
Antara produk yang bakal dijual di premis tersebut termasuk pelbagai variasi kek batik, Mini Crunch dan beberapa produk lain yang dirancang akan menyusul.
Wawa turut menitipkan doa agar Hayla membesar sebagai anak solehah yang akan membanggakan kedua-dua ibu bapanya.
Anak saya yang ini dia minat banyak perkara sebenarnya, dia minat berniaga dan dalam masa minat juga untuk berlakon. Tetapi dia masih segan.
Imbas kembali, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 12, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 10, Ayya Soffya, 5, dan Muhammad Fahri, 5 tahun.








