![[VIDEO] ‘Allah Ambil Arwah & Ganti Dengan Wajah Seiras’ – Balu Abam Bocey](https://asset.ohbulan.com/2025/08/boyfriend-hidayah-abam-1.jpg)
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali, 33, sekali lagi menjadi perhatian selepas memuat naik video bersama kekasihnya, Amsyar Salim, di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Iftar Bersama, Hidayah Terbuka Kongsi Wajah Kekasih? – ‘Kalau Jodoh, Memang Ada Iras Arwah Abam’
Artikel Berkaitan: Kongsi Video Keluar Bersama Hamzah & Seorang Jejaka, Hidayah Abam Dah Ada Kekasih?
Wajah mirip arwah Abam
Menerusi hantaran tersebut, Hidayah berkongsi momen mereka makan bersama di sebuah restoran.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan ialah komen netizen yang mendakwa wajah Amsyar mempunyai iras dengan Allahyarham Abam.
Aku je ke nampak pengganti arwah ni sama muka arwah versi slim, seakan akan iras.
Hidayah sendiri membalas komen tersebut selain mengakui ramai pernah berkata demikian malah percaya itu adalah sebahagian daripada perancangan Allah.
Ye betul, ramai cakap muka iras arwah. Allah ambil arwah tapi Allah beri muka seakan sama macam arwah. Hebat perancangan Allah.
Pada Februari lalu, Hidayah mendedahkan bahawa dia dan Amsyar merancang untuk mendirikan rumah tangga sama ada pada tahun hadapan atau pada 2027, memandangkan mereka kini masih dalam fasa mengenali hati budi.
Untuk rekod, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Abam pada 8 Disember 2017.
Bagaimanapun, Allahyarham Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun di kediamannya di Gombak, Selangor.
Komen netizen


Sumber: TikTok








