
Kerajaan Malaysia memperkenalkan Sumbangan Penghargaan SARA sebagai inisiatif baharu berbentuk bantuan tunai one-off RM100 kepada rakyat.
Semakan kelayakan

Menurut pengumuman Kementerian Kewangan, setiap warganegara berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 yang disalurkan terus ke dalam MyKad, dan boleh dibelanjakan di kedai terpilih mulai 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
Bagi memastikan kelayakan dan status penerimaan RM100 ini, orang ramai boleh membuat semakan melalui beberapa kaedah:
Semakan Online:
- Layari portal rasmi https://www.sara.gov.my
- Pilih menu semak kelayakan.
- Log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan.
- Maklumat status kelayakan dan tarikh sah perbelanjaan akan dipaparkan.
Semakan Melalui MyKad di Kedai / Terminal:
- Pergi ke kedai runcit atau pasar raya yang menyokong penggunaan MyKad untuk transaksi bantuan kerajaan.
- Serahkan MyKad di kaunter untuk semakan baki RM100.
- Juruwang akan maklumkan jumlah bantuan yang tersedia.
Senarai kedai

Cara Menggunakan Bantuan RM100 di MyKad
- Pastikan MyKad aktif dan sah
- Bawa MyKad ke kedai / pasar raya yang tersenarai
- Imbas MyKad di kaunter semasa membuat pembayaran.
- RM100 bantuan akan ditolak terus daripada baki bantuan tanpa memerlukan wang tunai.
Layari https://www.sara.gov.my untuk memeriksa senarai kedai yang boleh menggunakan Sumbangan Penghargaan SARA.
Tarikh Penting
31 Ogos 2025 → Bantuan mula boleh digunakan.
31 Disember 2025 → Tarikh akhir penggunaan. Selepas tarikh ini, baki yang tidak digunakan akan luput secara automatik.








