
Penyanyi, Nazu dan Fahimi meluahkan rasa syukur atas sokongan ramai terhadap lagu berjudul ‘Kopi’ yang tular di rata-rata platform media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fahimi Rahmat Dedah Pernah Ditawar Untuk ‘Dibela’ – ‘Dia Nak Bayar Saya RM300,000’
Artikel Berkaitan: ‘Orang Cakap Aku Kafir Lah’ – Fahimi Pernah Dikecam, Alami ‘Anxiety’ Teruk
Tular hingga Indonesia

Ketika ditemui OhBulan!, Nazu yang merupakan pencipta lagu ‘Kopi’ tidak menyangka sambutan yang luar biasa daripada pendengar.
Ujarnya, proses pembikinan lagu ‘Kopi’ ini juga lancar walaupun ianya merupakan kali pertama bekerjasama dengan pelantun lagu ‘Angau’ tersebut.
Kami sangat tak sangka apabila lagu ini bukan sahaja menerima sokongan dari rakyat Malaysia malah, Indonesia juga.
Kami bersyukur sebenarnya.
Alhamdulillah, untuk proses buat lagu ini sangat sekejap. Kita ada dua sesi, lepas rakaman suara dan terus siap.
Pertama kali bila saya muat naik lagu ‘Kopi’ ini di media sosial, Alhamdulillah diterima baik.
Nazu dan Fahimi berkata demikian ketika ditemui pada malam siaran langsung Melodi yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar pada Khamis.
Maklum balas pendengar

Dalam pada itu, Nazu dan Fahimi akui menerima pelbagai maklum balas namun mengambilnya sebagai sesuatu yang positif.
Bila lagu dah melonjak naik, ada yang positif dan negatif.
Mungkin yang tak suka itu, dia saja yang rasa begitu. Orang lain okay.
Ada orang boleh terima, dan ada orang tak boleh terima.
Kami okay saja.








