![[VIDEO] ‘Saya Trauma Dengan Manusia Luarannya Baik, Pijak Semut Tak Mati Tapi Sebenarnya..’ – Fazura](https://asset.ohbulan.com/2025/08/fazuraa-1.jpg)
Pelakon dan penyanyi terkenal, Fazura meluahkan rasa trauma terhadap individu yang bersikap bermuka-muka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Tak Dapat Tahan Air Mata, Titip Doa Buat Anak – ‘Semoga Allah Sentiasa Lindungi Fatima’
Artikel Berkaitan: Fazura Semakin Bersikap Terbuka Selepas Kerap Buat ‘Live’ – ‘Dulu Saya Sangat Privasi’
‘Saya nak bekerja dengan orang yang baik’
Menerusi klip sesi siaran langsung yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, mengakui pengalaman berdepan dengan individu seperti itu membuatkannya lebih berhati-hati dalam memilih rakan sekerja.
Saya dah trauma dengan manusia yang luarannya nampak pijak semut tak mati (lembut) tapi sebenarnya…
Fazura turut menegaskan bahawa dia kini hanya mahu bekerjasama dengan individu yang benar-benar baik luaran dan dalama bukan sekadar berpura-pura.
Saya nak bekerja dengan orang yang baik, luar dan dalam baik. Bukan luarannya je baik tapi hati sangat jahat.
Dalam pada itu, Fazura turut menyebut beberapa nama kenalannya yang disifatkan baik dan membuatkan dia berasa selesa untuk bekerjasama.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)

