![[VIDEO] Peniaga Kuih Terharu, Dedah Amira Othman Bayar Semua Jualan Makanan – ‘Moga Baik-Baik Saja Untuk Kamu’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/AMIRA-755.jpg)
Seorang peniaga wanita mendedahkan kebaikan yang dilakukan oleh pelakon dan penyanyi, Amira Othman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Berbaju Pengantin, Kad Misteri ‘A & F’ Cetus Spekulasi
Artikel Berkaitan: ‘Fattah Antara Kawan Lelaki Yang Rapat’ – Amira Othman
Sedekah Amira

Menerusi hantaran di TikTok, peniaga wanita yang menjual kuih muih itu memuat naik mesej perbualan antara dirinya dan Amira.
Peniaga wanita itu juga turut berkongsi notifikasi di telefon bimbitnya yang memaparkan transaksi wang telah diterima daripada aktres tersebut.
Terima kasih Amira. Semoga Allah memberkatimu sekeluarga. Moga panjang umur, murah rezeki yang luas dan sihat tubuh badan.
Dipermudahkan urusan kamu sekeluarga, moga yang baik-baik sahaja untuk kamu.
Dalam masa yang sama, peniaga wanita itu juga memaklumkan kepada pelanggannya bahawa jualan makanan pada hari tersebut telah dibayar oleh Amira.
Tak perlu bayar, sudah ada orang bayarkan dan infak.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kebaikan pemilik nama Nadia Amira Othman itu yang sudi berkongsi rezeki bersama orang lain.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Khairul Aming Pilih Untuk Tak Beli ‘Souvenir’ Ketika Bercuti – ‘Kadang Kesian Tengok Ada Yang Tertekan Nak Cari Cenderahati’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/KA-27.jpg)

