
Bila sebut tentang produk tempatan, ramai yang masih skeptikal. Tambah pula kalau bercakap pasal lokal perfume.
Rata-rata terlintas di fikiran, “tak tahan lama”, “bau cepat hilang” atau “kualiti tak sama macam jenama luar”.
Namun, sepasang suami isteri, Mohammed Amir Aizat Jafree dan Noor Azureen Abdul Latif, hadir dengan misi besar melalui jenama Fraglab Official Malaysia.
Mereka mahu mengubah persepsi itu, sekaligus membuktikan bahawa perfume buatan Malaysia juga mampu berdiri sama tinggi, malah bersaing dengan wangian antarabangsa bernilai ratusan ringgit.
Baca Juga: Dr. Healing – Lelaki Di Sebalik Ribuan Jiwa Yang Sembuh
Dari Agen Perfume Ke Luxury Dupe Perfume House
Perjalanan ini bukan berlaku dalam sehari. Semuanya bermula pada 2007, ketika fenomena perfume tempatan mula viral.
Aizat yang ketika itu menjadi agen perfume hanya menjual set kecil – 12 set, setiap satunya ada 8 botol.
Walaupun bermula kecil, pengalaman itu menanam satu impian besar.
Namun pada waktu itu, Aizat masih mencari arah, tak tahu mahu niaga apa, sekadar ikut arus menjual wangian.
Masuk ke tahun 2024, barulah tercetus idea sebenar.
Melihat trend semasa di mana orang ramai mula mencari alternatif lebih berpatutan berbanding perfume original, Aizat dan Azureen tampil dengan Fraglab, konsep “Malaysia’s Luxury Dupe Perfume House Crafted for Elegance & Lasting Impressions.”
Kelainan Perfume Fraglab: Luxury, Niche & Identiti Sendiri

Apa yang membezakan Fraglab dengan jenama tempatan lain? Jawapannya jelas, konsep ‘luxury’.
Setiap wangian diinspirasikan daripada perfume antarabangsa bernilai RM500 ke atas, namun bukan sekadar meniru.
Fraglab menambah sentuhan unik, menjadikan setiap bau ada cerita dan identiti tersendiri.
Malah, mereka juga berani menghasilkan niche perfume, sejenis wangian eksklusif yang jarang dibuat di Malaysia kerana memerlukan bahan premium dan proses R&D yang teliti.
“Kami tak mahu orang anggap lokal perfume murahan. Fraglab nak ubah mindset bahawa produk tempatan juga boleh jadi luxury, ada kualiti dan boleh bersaing dengan jenama antarabangsa,” jelas Aizat.
Dari Satu Meja Dua Kerusi, Kini Kiosk Di Putrajaya

Fraglab bermula sangat sederhana, hanya satu meja dan dua kerusi untuk menjual perfume secara fizikal.
Pasangan ini turun padang sendiri, berjumpa pelanggan dan menjalankan survey untuk tahu bau apa yang digemari.
Hari ini, Fraglab sudah ada kiosk tetap di Putrajaya, menyertai event-event besar, malah mula menembusi pasaran luar seperti Singapura dan Filipina.
Menariknya, hampir keseluruhan jualan mencecah ratusan ribu ringgit diperoleh secara strategi jualan bersemuka yang membolehkan mereka membina kepercayaan terus dengan pelanggan.
100 Perfume Dalam Setahun & Projek Masterpiece

Inovasi adalah DNA Fraglab. Dalam tempoh belum setahun, mereka sudah berjaya menghasilkan hampir 100 wangian berbeza.
Berdasarkan kajian dan feedback pelanggan, lebih 50% rakyat Malaysia menggemari nota manis seperti buah, floral, woody dan vanilla.
Dari situlah Fraglab mengolah campuran bauan, namun tetap menyelitkan elemen berbeza supaya tidak klise.
Kini, mereka sedang membangunkan projek besar, Fraglab Masterpiece.
Ia adalah koleksi 10 wangian original tanpa kaitan dengan mana-mana jenama antarabangsa, hasil R&D bersama chemist mereka sendiri.
Setiap satunya dicipta khas untuk mewakili identiti Fraglab dan rakyat Malaysia.
Cabaran Persepsi & Kepercayaan Pelanggan
Seperti dijangka, cabaran terbesar mereka ialah mengubah persepsi orang ramai. Hampir setiap pelanggan baru yang datang pasti bertanya soalan sama:
“Berapa lama perfume ni boleh tahan?”
Soalan itu seakan sudah jadi rutin buat Aizat dan Azureen. Namun selepas pelanggan mencuba sendiri, majoriti kembali semula.
“Perfume Fraglab mampu bertahan sehingga 12 jam, dengan projection dan silage yang setanding jenama antarabangsa. Itu bukti bahawa produk tempatan juga ada kualiti,” kata mereka.
Bukan itu saja, cabaran lain termasuk pernah ditipu, dikhianati staf dan kerugian.
Namun semua pengalaman pahit itu menjadi pelajaran, sehingga mereka berjaya membina pasukan yang lebih kukuh dan telus.
Harapan Besar: Sokong Produk Tempatan
Dengan keuntungan kini mencecah ratusan ribu, Aizat dan Azureen optimis untuk mencapai jualan jutaan ringgit tahun hadapan.
Namun, lebih daripada angka, mereka mahu mengubah mindset rakyat Malaysia bahawa produk tempatan juga mampu menghasilkan wangian premium yang luxury.
“Produk lokal tak semestinya murah dan tak berkualiti. Kami pilih bahan premium, jaga formula dan SOP penghasilan, supaya Fraglab boleh berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa. Harapan kami, rakyat Malaysia berani support produk tempatan,” jelas pasangan ini.
Pesanan Untuk Usahawan Muda
Aizat menitipkan nasihat untuk mereka yang mahu bergelar usahawan:
“Kalau ada produk, jangan takut untuk berinovasi. Fahami target market, susun strategi betul, dan jangan mudah putus asa. Percaya, walaupun kecil, perjalanan itu akan bawa ke sesuatu yang besar.”
Dari satu meja kecil ke kiosk Putrajaya dan kini menjejak ke pasaran antarabangsa, Fraglab bukan sekadar menjual perfume.
Ia adalah simbol perjuangan pasangan suami isteri dalam mengangkat produk tempatan ke persada dunia.
Mahu memaparkan perniagaan anda di lebih 30 jenama? Media Prima memperkenalkan #MariLokal bagi membantu PKS meningkatkan perniagaan.
Layari laman web REV Media Group untuk mengetahui lebih lanjut.






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

