Pelakon Abby Abadi menitipkan doa agar anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, diberi kekuatan untuk keluar daripada hubungan yang didakwa bersifat toksik.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kongsi Luahan Netizen Minta Marissa Dania Bina Hidup Baru, Tak Patut Berpoligami – ‘Biarlah Komen Ini Mewakili’

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Reda Dengan Pilihan Anak – ‘Kalau Baik, Maka Ia Akan Berpanjangan’

‘Saya mahu yang terbaik buat anak saya’

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, mengulang semula petikan kata-kata semangat mengenai doa dan kepercayaan kepada takdir.

Jika Allah mengizinkan kamu berdoa tentang sesuatu, itu bermakna Allah juga mengizinkan kamu untuk mendapatkannya. Jadi, ulangi doa itu, ulangi usaha itu, sampai Allah berkata: inilah masanya,

Dalam hantaran yang sama, Abby turut memohon orang ramai agar mendoakan keselamatan anaknya daripada terus terjerumus dalam hubungan yang tidak sihat.

Ya, saya doakan anak saya berjaya keluar daripada hubungan toksik itu. Biar yang mengata puas hati, saya hanya mahu yang terbaik buat anak saya. 

Cepat doakan sama-sama, anak saya perlu diselamatkan daripada hubungan toksik itu. Amin.

Sebelum ini, kontroversi melibatkan perkahwinan Marissa Dania Hakim dengan Ahmad Aslam terlerai apabila Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sah mengikut hukum syarak. 

Perkahwinan itu didakwa berlangsung tanpa pengetahuan ibu bapa Marissa iaitu Abby Abadi dan Norman Hakim serta isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan.

Aslam dan Umisya berkahwin pada Julai 2020 serta memiliki tiga anak, manakala Marissa pernah kehilangan bayi pramatang pada Ogos tahun lalu.

Sumber: Instagram Story