Perkongsian di Instagram Story milik pelakon Puteri Sarah Liyana mencuri perhatian apabila dia mengucapkan selamat tinggal kepada rakannya yang juga aktres dan pengacara, Janna Nick.

Artikel Berkaitan: Janna Nick Beli Jam Rolex Sempena ‘Birthday’, Netizen Teka Harga Hampir RM100k

‘Bff saya sudah tiada’

Menerusi hantaran itu, Sarah mengakui berasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan sahabatnya itu selain menitipkan pesanan kepada Janna supaya menjaga diri dengan baik.

Farewell party untuk Janna Nick, nak nangis nanti bff saya sudah tiada. Jaga diri di sana nanti. Saya pasti akan merindui awak nanti.

Sarah turut memuat naik sekeping swafoto mereka ketika keluar makan tengah hari bersama di sebuah restoran pada Jumaat.

Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran, Sarah turut mendoakan Janna sentiasa menjalani kehidupan yang bahagia.

Hiduplah dengan baik dan tenang. Hiduplah sebahagianya, carilah apa yang membuatmu gembira dan hargailah detik kebahagiaanmu.

Menurut dakwaan, Janna akan menetap di London selama setahun. Namun, tujuan aktres itu ke negara yang diberi jolokan kota fesyen dunia tidak dedahkan.

Sumber: Instagram