Pempengaruh dan usahawan popular, Fila Amir meluahkan rasa kurang senang apabila segelintir netizen berkongsi tips meluruskan rambut terhadap anaknya, Assara Adama Camara yang memiliki rambut kerinting secara semula jadi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fila Amir Bidas Netizen Pertikai Guna Loghat Kedah Cakap Dengan Anak – ‘Suka Hatilah Nak Cakap Bahasa Apa’ 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen ‘Sindir’ Warna Kulit Anak, Fila Amir Tampil Bersuara – ‘Sorry, Kami Tak Taasub Dengan Kulit Putih’

Jangan kongsi tips

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Nur Afilah Amir Rusdi itu mempertikaikan segelintir netizen yang berkongsi tips itu.

Baginya, dia tidak memerlukan sebarang tips, malah berbangga kerana Assara mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu rambut kerinting.

Benci sangat bila orang (netizen) selalu pesan suruh sapu minyak supaya rambut jadi lurus.

Buat apa?

Menjelaskan lebih lanjut, Fila menegaskan dia sangat menjaga rambut Assara kerana rambut kerinting memerlukan penjagaan yang rapi supaya tidak cepat rosak.

Dalam pada itu, Fila berkata tidak salah jika suatu hari nanti anaknya mahu meluruskan rambut sekiranya teringin.

Banyak gaya yang Assara boleh buat, baru nampak international.

Nak luruskan rambut setahun sekali atau dua kali tidak mengapa tu pun bukan jenis yang kekal.

Sumber: Instagram