Aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi memaklumkan, rakan seperjuangannya iaitu Ardell Aryana sedang melalui detik sukar apabila ibunya dijadualkan perlu menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hazwani Helmi Perjelas Kenapa ‘The Helmis’ Tak Sertai Misi Di Gaza – ‘Doakan Pasukan Pertama Berjaya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hazwani Helmi Titip Pesanan Untuk Terima Takdir – ‘Kalau Allah Tak Makbul Doa, Maksudnya Dia Menyelamatkan Kita’

Sebak

Menerusi perkongsian di Threads, Hazwani meluahkan rasa sedih selepas membuat panggilan video bersama Ardell yang juga dilihat berada dalam keadaan sebak.

Kami pun sebak dengan perjuangan Ardell.

Mohon doa dari semua agar kesihatan ibunya kembali pulih dan Ardell diberi kekuatan.

Kata Hazwani, Ardell mengalami keadaan sukar kerana berdepan dengan dua ujian terberat melibatkan kesihatan ibunya serta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza yang sedang dijalankan.

Misi kali ini sangat berat, tambah pula dengan ujian yang berat.

Tuhan tahu Ardell kuat. Jom kita pakat solat hajat untuk ibu Ardell.

Sebelum ini, pendakwah bebas, PU Rahmat Ikhsan menerusi hantaran di media sosial memaklumkan ibu Ardell bakal menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya.

Pun begitu, PU Rahmat tidak mendedahkan punca kedua-dua kaki ibu pelakon itu terpaksa dipotong.

Sumber: Threads