Penyanyi Irfan Haris menafikan kenyataan daripada segelintir netizen yang mendakwa dirinya menumpang populariti kakaknya, Amira Othman.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Irfan Haris Tumpang Bahagia Buat Kakak, Sifatkan Fattah Amin Lelaki Yang Baik – ‘Semua Kerja Allah’

Artikel Berkaitan: Irfan Haris ‘Custom-Made’ Songkok Baharu Untuk Majlis Pernikahan Amira & Fattah – ‘Saya Terlebih Excited’

Tumpang populariti kakak

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Irfan akui hubungan sesama keluarga rapat sama ada dihadapan atau dibelakang kamera.

Ujarnya lanjut, dia hanya menumpang rezeki pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu semenjak menjadi bualan hangat di media sosial.

Saya tidak mengambil ianya seperti itu. Saya tak pernah rasa untuk tumpang populariti orang.

Perkara ini benar. Bukan rekaan semata-mata. Kami memang sangat rapat.

Saya rasa kakak saya ini rezeki. Dalam pada itu, saya menumpang rezekinya.

Tidak dengki dengan rezeki kakak

Dalam pada itu, Irfan tumpang gembira dengan kejayaan yang diperolehi kakanya sehingga hari ini.

Tambahnya, rasa cemburu atau tercabar tidak pernah terlintas dalam hatinya dengan rezeki yang mencurah-curah buat Amira Othman.

Saya rasa ini hasil tunjuk ajar daripada ibu bapa yang tidak pernah membandingkan antara kami adik beradik.

Setiap anak tidak sama, berbeza-beza.

Apa saja kami nak buat, mereka sokong. Janji perkara yang nak dibuat tidak salah.

Tak pernah sedikit pun terlintas di hati saya nak cemburu dengan rezeki kakak saya.

Sumber: TikTok @AffendyJailani