
Abang kepada penyanyi, Dahlia iaitu Mohamad Syakir Iman menyatakan rasa kecewa terhadap kritikan berlebihan netizen selepas adiknya memilih untuk tidak lagi mengenakan tudung.
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Orang Mengata, Lebih Tambah Pahala Saya’ – Putri Dahlia
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Jadi Diri Sendiri, Fokus Hubungan Dengan Allah’ – Anak Nora Ariffin Pilih Buka Tudung
Kecewa

Syakir yang juga anak kepada penyanyi, Nora Ariffin menjelaskan adiknya pada ketika ini dalam fasa memperkukuhkan pemahaman agama.
Jelasnya, Dahlia memilih untuk tidak lagi mengenakan tudung selagi belum benar-benar memahami tuntutan syariat mengenai perkara itu.
Keluarga kami memahami akan reaksi masyarakat, namun saya kecewa dengan kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap adik saya.
Apabila Dahlia menyatakan dia kurang memahami agama sejak zaman persekolahan, maksudnya dia hanya mempelajarinya secara akademik, bukan secara rohani.
Mengulas lanjut, Syakir berkata sebelum ini adiknya mengenakan tudung hanya kerana memenuhi kewajiban tetapi tidak memahami dari sudut agama.
Malah, Syakir juga tidak menafikan menutup aurat adalah satu kewajipan buat umat Islam.
Bagaimanapun, dia percaya setiap individu melalui fasa kehidupan yang berbeza.
Saya akur bahawa menutup aurat adalah kewajipan setiap Muslim, namun kita juga perlu memahami bahawa proses pematangan rohani berbeza bagi setiap individu.
Saya berharap orang ramai dapat terus mendoakan agar Dahlia terus diberi hidayah dan kekuatan untuk mendalami agama dengan sebaiknya.
Tegur dengan baik

Dalam pada itu, Syakir juga menyeru orang ramai agar menjaga adab dalam menegur adiknya secara berhemah seperti yang dituntut dalam Islam.
Islam mengajar kita untuk menegur dengan adab. Saya sebagai ahli keluarga boleh menerima teguran jika disampaikan secara baik, tetapi malangnya ramai hanya mengecam demi kepuasan diri sendiri.
Saya mendoakan agar Allah memberikan hidayah kepada mereka yang mengecam, dan kepada yang menyebarkan fitnah kononnya ibu bapa kami gagal mendidik Dahlia dengan ilmu agama, saya serahkan kepada Allah untuk memberikan balasan yang setimpal.
Sebelum ini, Dahlia tampil dengan perubahan imej yang terbaru selepas lebih 15 tahun berhijab.
Dalam masa sama, penyanyi itu turut menukar nama pentas daripada Putri Dahlia kepada Dahlia sahaja untuk menembusi pasaran muzik antarabangsa.








