Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen akui tidak yakin dengan keadaan payudaranya yang memiliki perubahan setelah menimang cahaya mata pertama bersama bekas suami, Dali.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Tuhan Sudah Beri Kebahagiaan Lagi’ – Jennifer Coppen Tak Boleh Hidup Tanpa Anak & Kekasih

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jennifer Coppen Bersuara, Dituduh Lupa Arwah Suami Demi Jaga Hati Kekasih – ‘Orang Bersamaku Sekarang Sangat Memahami

Ubah ciptaan tuhan

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Jennifer atau nama sebenarnya Jennifer Rochelle Coppen, 24, berkata, pembedahan payudara masih dalam perancangan.

Dalam pada itu, Jennifer turut memikirkan dosa mengubah ciptaan tuhan yang sedia ada.

Pembedahan payudara masih dalam perancangan. Sentiasa ada dalam fikiran saya, sebab saya nak buat.

Saya kurang yakin.

Tapi Innsya-Allah tidak diteruskan. Aku fikir dosa, mengubah ciptaan tuhan.

Keaadan payudara berubah

Berkongsi lebih lanjut, Jennifer memaklumkan anaknya, Kamari penyusuan terus (direct breastfeed) selama sembilan bulan.

Ekoran itu, keadaan payudaranya dikatakan tidak sama seperti dahulu.

Apabila selamat bersalin, saya penyusuan terus pada anak (Kamari) selama sembilan bulan.

Jadi sekarang bentuknya sudah tidak sama seperti dulu.

Saya tidak marah, sebab mungkin saya hilang sesuatu tapi saya juga menghidupkan sesuatu (Kamari).

Sekadar info, Jennifer dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Kamari Sky.

Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal selepas Dali meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Julai 2024.

Sumber: TikTok @lotus