![[VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Tinggal Solat Sebab Tak Nak Siakan Permulaan Yang Bagus’ – Angeline Tan](https://asset.ohbulan.com/2025/10/angeline.jpg)
Pelakon Angeline Tan menekankan untuk menjadi Muslimah sejati bermula dengan menjaga solat fardu, yang merupakan rukun Islam kedua dan asas utama dalam kehidupan seorang Muslim.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sabri Yunus Kongsi Momen Angeline Tan Menangis Depan Kaabah – ‘Semoga Allah Memelihara Kita’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Islam Bukan Sahaja Panduan Hidup, Tetapi Ia Juga Menjaga Para Wanita’ – Angeline Tan
Jaga solat

Ketika ditemui OhBulan!, Angeline bersyukur apabila dikelilingi dengan insan-insan yang sentiasa membantu dirinya yang baru dua tahun memeluk Islam.
Mula-mula (peluk Islam) dulu memang susah, sebab tak biasa. Tapi sekarang, dah biasa (jaga solat).
Macam sekarang saya berada di sini (Kuala Lumpur), nanti balik rumah dan kalau tak mampu (sempat), saya akan jamakkan (di Kelantan).
Insya-Allah, sampai ke hari ini, saya tak pernah tinggal solat sebab saya tak nak sia-siakan satu permulaan yang bagus.
Angeline berkata demikian ketika sidang media siri drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet yang diadakan di Galeri Prima, Media Prima Bangsar, pada Selasa.
Kata Angeline, dia berpegang dengan pegangan solat adalah tiang kepada agama Islam.
Saya kena betul-betul nekad ikut peraturan dan segala bimbingan.
Saya dah tanamkan dalam hati andai sekali tinggalkan solat, akan ada yang kedua dan berikutnya.
Kalau kita tak pernah (tinggal solat), disiplin itu memang sudah ada dan kita akan fikir solat itu ibarat ‘homework’ yang perlu disiapkan.
Sedang dalami Islam

Dalam pada itu, isteri kepada pengarah dan pelakon, Sabri Yunus menyatakan dia masih dalam proses mempelajari agama.
Ujarnya, setiap perkongsian yang dibuat hanya bersifat peribadi namun bersyukur sekiranya memberi kebaikan kepada orang lain.
Ilmu agama saya masih terlalu cetek. Saya masih belajar mengaji dan berguru untuk kenal Islam lebih mendalam.
Apa yang saya kongsi itu hanyalah perkongsian peribadi. Kalau orang dapat kebaikan daripada apa yang yang kongsikan, alhamdulillah. Itu semua atas izin Allah.
Terdahulu, Angeline diumumkan sebagai penerima anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H 2025M bagi kategori Saudara Baru Cemerlang (Mualaf).








