
Penyanyi, Arrora Salwa mengakui tidak terkejut dengan insiden menimpa peserta Talk To My Manager (TTMM), Amad Dayyan yang tiba-tiba pengsan ketika konsert Grand Finale program tersebut baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Ara Johari Setuju Cadangan ‘Bersih’ Lokasi Amad Dayyan Pengsan – ‘Terasa Macam Diperhatikan’
Pernah diganggu

Menerusi hantaran di TikTok, Arrora, 40, berkata, kejadian itu mengingatkannya kepada pengalaman peribadi sewaktu menyertai Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang berlangsung di lokasi sama dengan program TTMM.
Katanya, sepanjang tempoh pertandingan itu, dia pernah berdepan dengan pengalaman aneh dan mistik yang sukar dijelaskan secara logik.
Saya sebenarnya tidak terkejut dengan apa yang berlaku kepada anak Siti Sairah iaitu Amad peserta Talk To My Manager. Sebab saya percaya perkara-perkara seperti itu memang wujud.
Waktu saya bertanding dan terkeluar pada minggu ke-8, sebenarnya daripada hari Isnin sampai Khamis, saya dah tak nak teruskan pertandingan. Saya dah tak sanggup, malah saya menangis setiap hari.
Seluruh badan saya daripada hujung rambut sampai hujung kaki terlalu sakit. Benda ini saya tak pernah dedahkan di mana-mana pun.
Walaupun ada satu minggu dalam program itu yang mengetengahkan topik (mistik) ini, saya tetap tak bercerita kepada sesiapa.
Tambah Arrora, dia enggan mendedahkan kejadian tersebut ketika itu kerana bimbang akan disalah tafsir sebagai cubaan mencari perhatian.
Lebih mengejutkan, pelantun lagu Ahmad itu berkata, setiap kali selesai sesi raptai, dia kerap mengalami kejadian aneh apabila pulang ke rumah.
Setiap kali hari Jumaat bila balik dari rehearsal dan buka pintu rumah, ruang tamu rumah saya akan berbau macam najis kering. Setiap Jumaat malam.
Mula-mula saya ingatkan mungkin kucing ke apa. Saya periksa bawah karpet, terbalikkan kerusi, tengok belakang langsir tapi tak ada apa-apa. Bau itu ada di ruang tamu saja. Naik tingkat atas, dalam bilik tak ada bau langsung.
Lebih menghairankan, anak-anaknya turut mendengar bunyi pelik seperti ketukan pada tingkap bilik mereka setiap malam.
Anak-anak bunyi cakaran dekat tingkap bilik mereka. Sedangkan bilik mereka di tingkat dua dan tiada akses dari luar untuk ke tingkap itu.
Bila saya fikir balik, semua itu berlaku tanpa penjelasan yang masuk akal. Sebab itu bila dengar apa yang terjadi pada Ahmad, saya memang percaya perkara begitu memang boleh berlaku.








![[VIDEO] Khairul Aming Pilih Untuk Tak Beli ‘Souvenir’ Ketika Bercuti – ‘Kadang Kesian Tengok Ada Yang Tertekan Nak Cari Cenderahati’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/KA-27.jpg)