
Penjaga Gol Terengganu FC Cedera Siku Ketika Sesi Latihan, Penyokong Doa Segera Sembuh @Shahrin seo typo
Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian siku kiri ketika menjalani sesi latihan bersama pasukannya, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Tak Pernah ‘Target’ Berjodohan Dengan Pemain Bola Sepak – ‘Korang Perasan Tak Kita Akan Dapat Yang Sekufu’
Cedera siku

Menerusi hantaran di Instagram, pihak kelab memaklumkan Rahadiazli kini sedang menerima rawatan serta pemantauan rapi daripada pasukan perubatan Terengganu FC.
Pihak kelab ingin memaklumkan bahawa penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim, telah mengalami kecederaan pada bahagian siku kiri (Left Elbow Dislocation) semasa sesi latihan yang berlangsung pada Rabu.
Dia kini sedang menerima rawatan dan pemantauan rapi daripada pasukan perubatan kelab. Pihak kelab akan terus memantau perkembangannya dari semasa ke semasa sehingga beliau kembali pulih sepenuhnya.
Susulan insiden tersebut, kelab menyeru seluruh penyokong setia Terengganu FC agar mendoakan agar Rahadiazli segera sembuh dan kembali memperkuatkan skuad Penyu di padang.
Sementara itu, Rahadiazli menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story dilihat mengular siar atau ‘repost’ semula ucapan daripada beberapa rakan sepasukan dan penyokongnya.
Sumber: Instagram






