
Setiap perjalanan yang hebat bermula dengan pengalaman yang menyenangkan dan kini, KLIA Terminal 2 memberi nafas baharu kepada konsep keselesaan sebelum berlepas.
Melalui naik taraf yang menyeluruh oleh Malaysia Airports, ruang menunggu di Terminal 2 kini tampil lebih moden, luas dan cerah, menjadikannya tempat sempurna untuk memulakan perjalanan udara dengan penuh gaya dan ketenangan.
Daripada pencahayaan yang ambien hingga tempat duduk yang empuk dan ergonomik, setiap elemen di ruang ini direka dengan teliti untuk memastikan penumpang berasa lebih selesa dan tenang, walau hanya menunggu seketika sebelum berlepas.
Naik taraf ruang di beberapa gate utama
Naik taraf di Terminal 2 ini memberi tumpuan kepada ruang menunggu di beberapa gate utama iaitu L13, L18, L20 dan L22.
Setiap ruang tampil dengan rekaan dalaman kontemporari, pencahayaan cerah serta susun atur yang lebih luas dan tersusun untuk memberikan suasana yang segar dan menyenangkan buat semua penumpang.
Ruang ini bukan sahaja tampak moden, tetapi juga memberi keselesaan tambahan kepada pengembara yang ingin berehat seketika sebelum penerbangan.
Reka bentuk baharu yang fungsional & menenangkan
Reka bentuk baharu di Terminal 2 bukan sekadar cantik pada pandangan mata, tetapi juga praktikal dan berfungsi untuk pelbagai keperluan penumpang.
Sama ada untuk bekerja, berehat atau sekadar recharge tenaga sebelum penerbangan, setiap elemen diatur dengan mengambil kira keselesaan dan kemudahan pengguna.
Susun atur yang luas memastikan ruang pergerakan lebih selesa jadi nak tarik beg besar pun tak stres!

Tempat duduk ergonomik yang disediakan pula memang padu dimana tidak keras, tidak terlalu lembut, just nice. Duduk lama pun tak terasa sebab rekaannya menyokong postur badan dengan baik.
Nak kerja? Boleh. Nak lepak scroll TikTok pun boleh.
Pencahayaan cerah pula mewujudkan suasana lapang dan positif, menjadikan pengalaman menunggu di Terminal 2 jauh lebih menyenangkan.
Bagi penumpang yang menghargai ruang peribadi, rekaan baru ini juga menawarkan zon duduk yang lebih privasi serta kemudahan pengecasan di setiap sudut, membolehkan korang kekal produktif dan berhubung sepanjang masa.
Gabungan reka bentuk moden, pencahayaan tenang dan ruang yang mesra pengguna ni buat Terminal 2 terlihat seperti lounge hotel premium.
Setiap elemen dirancang rapi supaya korang boleh bekerja, berehat dan bersiap untuk penerbangan dengan penuh keselesaan. Pendek kata, menunggu flight pun dah jadi satu pengalaman yang menyeronokkan.
Terminal 2 bukan sekadar tempat untuk transit tetapi ruang untuk korang recharge diri sebelum terbang ke destinasi impian.
Komitmen Malaysia Airports tingkatkan pengalaman penumpang
Naik taraf di Terminal 2 ini adalah sebahagian daripada inisiatif besar Malaysia Airports untuk mempertingkatkan pengalaman penumpang di semua terminal.
Usaha ini membuktikan komitmen berterusan Malaysia Airports sebagai pengendali lapangan terbang dalam menjadikan KLIA sebagai lapangan terbang bertaraf dunia yang moden, mesra pengguna dan berorientasikan keselesaan penumpang.
Setiap pembaharuan, besar mahupun kecil, dilaksanakan dengan tujuan untuk memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar, selesa dan bermakna.

Gaya perjalanan moden, pengalaman yang ditingkatkan
Dengan wajah baharu yang elegan, luas dan terang, keseluruhan ruang di KLIA Terminal 2 kini mencerminkan gaya perjalanan moden yang menggabungkan elemen praktikal, elegan dan penuh keselesaan.
Ia bukan sekadar tempat menunggu, tetapi sebahagian daripada pengalaman perjalanan yang menginspirasikan, di mana setiap detik sebelum berlepas terasa tenang dan menyenangkan.
Jadi, kalau korang merancang perjalanan seterusnya, datanglah alami sendiri pengalaman baharu di Malaysia Airports!
Di sini setiap langkah korang menuju destinasi bermula dengan keselesaan, gaya dan sentuhan moden yang memikat.








