Ucapan seorang graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ketika majlis Istiadat Konvokesyen ke-23 UMT yang berlangsung baru-baru ini telah meruntun hati warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Johan Dipuji Serba Boleh, Tak Kekok Jadi ‘Announcer’ Nama Graduan Di Majlis Konvokesyen UKM

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sheeda & Suami Hadir Konvokesyen Arwah Anak – ‘Kami Tetap Bangga Walaupun Dalam Kesedihan’

Hargai ibu bapa

@official_umt

Sedutan ucapan wakil graduan Sidang 2 Istiadat Konvokesyen ke-23 UMT. Untuk video penuh, boleh tonton di YouTube OfficialUMT. #umt

♬ original sound – officialumt – officialumt

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, wakil graduan pada salah satu sidang konvokesyen tersebut memberikan ucapan khusus untuk ibu bapanya.

Dalam nada sebak, pemuda itu menzahirkan penghargaan terhadap ibu bapanya yang banyak berkorban demi anak-anak.

Walaupun saya dibesarkan dalam suasana yang serba sederhana, mama dan ayah tidak pernah menjadikan kesusahan sebagai alasan untuk berhenti berharap.

Kejayaan ini bukan sekadar milik saya, tetapi milik mama dan ayah.

Atas segala kasih, doa dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam hidup saya..mama dan ayah, terima kasih untuk segalanya.

Sementara itu, air mata turut kelihatan mengalir di pipi ibu bapa pemuda tersebut selepas mendengar ucapan dari anakanda tercinta.

Para graduan dan tenaga pengajar juga dilihat menangis mengenangkan jasa ibu bapa yang tidak pernah mengenal erti putus asa demi melihat kejayaan anak-anak.

Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh dengan ucapan penuh bermakna itu.

Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar pemuda tersebut dan semua graduan yang diraikan menjadi anak yang baik dan insan berguna.

Sumber: TikTok UMT