![[VIDEO] ‘Kau Miskin, Tak Ada Duit Tapi Sibuk Cari Jodoh..Apa Masalah?’ – Iddin Ramli](https://asset.ohbulan.com/2025/10/iddin-ramli-2.jpg)
Pendakwah selebriti dan personaliti media sosial, Iddin Ramli, berkongsi pandangannya mengenai keutamaan antara kewangan dan perhubungan cinta, terutamanya bagi golongan muda.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iddin Ramli Tegur Trend Pakai Tudung Labuh Tapi Jarang & Nipis – ‘Kadang Nampak Rantai’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iddin Ramli Dedah Dirinya Punca Mak Ayah Bercerai, Mental Tak Kuat – ‘Aku Perlu Dewasa Sebelum Usia’
Fokus cari duit dulu

Dalam satu sedutan podcast yang dikongsikan di TikTok, Iddin memberi nasihat kepada individu yang belum kukuh kedudukan kewangannya agar tidak tergesa-gesa mencari pasangan hidup.
Jelasnya, fokus utama sepatutnya adalah untuk membina kestabilan diri dan kewangan terlebih dahulu.
Dah tahu tak ada duit, pergi cari duit bukan cari jodoh. Ramai orang tak ada duit, sibuk nak bercinta. Gila kan?
Maaf cakap. Kau miskin, kau tak ada duit, kau sibuk cari jodoh, apa masalah? Cari duit dulu. Jodoh tu akan datang punya nanti.
Jangan sibuk dengan perkara yang kita tak mampu.
Dalam pada itu, Iddin mengakui mencari rezeki pada masa kini bukanlah sesuatu yang mudah malah ianya satu cabaran besar.
Jadi, apabila ditambah dengan komitmen perhubungan yang belum selayaknya, ia akan memberi ‘bebanan’ kepada seseorang.
Faham je kadang lonely lah, rasa sunyi… nak didengari, nak dicintai, nak disayangi kan. Tapi duit pun tak ada. Muka handsome tak boleh beli beras. Cantik je tak boleh beli beras.
Perbaiki diri jadi versi terbaik
Oleh itu, golongan muda dinasihatkan agar tidak terburu-buru dalam mencari pasangan sebaliknya fokus untuk memperbaiki diri.
Tak ada duit, tenang, chill. Kita improve diri kita. Kita jadi yang terbaik, insya-Allah kita akan menjemput orang-orang yang baik juga ke dalam kehidupan kita. Jadi versi terbaik untuk diri kita.
Setidaknya kalau kita tak sempat dapat jodoh, dan kita jadi versi terbaik diri kita dan kita mati dalam keadaan terbaik.
Dan kalau kita sempat dapat jodoh, dan kita jadi versi terbaik diri kita, pasangan kita tu pun untung. Sebab dia dapat versi terbaik diri kita.
Sementara itu, Iddin menasihati agar seseorang tidak perlu terlalu risau mengenai soal jodoh, kerana ia akan hadir pada waktu yang tepat.
Sumber: TikTok Iddin Ramli








