Pelakon Lufya Omar, meluahkan rasa bimbang terhadap kesan buruk penggunaan telefon bimbit dan permainan video dalam talian kepada anak-anak.

Artikel Berkaitan: Polis Tak Tolak Kemungkinan Permainan Dalam Talian Punca Abang Umur 9 Tahun Kel*r Leher Adik

Artikel Berkaitan: ‘Yang Buruk Saya, Ibu Bapa Tidak Pernah Salah’ – Aqil Zulkiflee Kecewa Disalahkan Kerana Roblox?

Tak beri telefon

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 40, berkongsi artikel daripada sebuah media tempatan yang bertajuk, ‘Adik Hilangkan 1 Juta Point Roblox Punca Dikelar’.

Menurut Lufya, dia tidak membenarkan anak perempuannya, Laana Haura, 8, untuk memiliki telefon bimbit dan bermain permainan dalam talian.

Anak saya tak ada telefon bimbit, tak main game apatah lagi Roblox ke Roadtax ke, tak boleh.

Dari dulu.

Dalam masa yang sama, Lufya menekankan bahawa setiap ibu bapa perlu tegas dan mengawasi penggunaan telefon bimbit anak-anak mereka kerana percaya ia mampu memberi impak terhadap kesihatan mental.

Tolonglah ibu bapa jaga kesihatan mental anak-anak, jangan sebab sibuk kemudian bagi je telefon bimbit tanpa dikawal anak itu.

Ramai orang mental.

Terdahulu, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan insiden kanak-kanak berusia enam tahun cedera akibat leher dikelar mempunyai kaitan dengan satu permainan dalam talian.

Hasil siasatan mendapati kanak-kanak berusia sembilan tahun itu telah mengumpul kira-kira satu juta ‘mata’ dalam permainan tersebut.

Mangsa dipercayai telah merosakkan telefon pintar milik abangnya, menyebabkan semua ‘mata’ yang dikumpulkan itu hilang.

Difahamkan, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Batu Pahat.

Kedua-dua beradik itu kini telah diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan mereka masih di bawah umur.

Dalam perkembangan berasingan, ibu bapa kepada kedua-dua kanak-kanak itu telah direman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat.

Sumber: IG Lufya