Filem Babah dinobatkan Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, kota Media di Angkasapuri Kuala Lumpur pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: FFM34: Di Sebalik Skrip & Kamera, Siapa Bakal Dinobatkan Sebagai Pelakon Terbaik?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Danialle Tak Sempat Tempah Baju Ke FFM33, Terpaksa ‘Gali’ 5,000 Dres – ‘Saya Belek Satu Persatu’

Dominasi FFM34

Kemenangan itu sekali gus membolehkan filem arahan Mohd Shah Faizul menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta serta membawa pulang trofi FFM34.

Filem Babah sekali gus menundukkan enam lagi saingan sengit iaitu Blood Brothers, Soloz: Games Of Life, Takluk: Lahad Datu, Riversi.

Filem tersebut membawa pulang lima lagi trofi pada FFM34 iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Qi Razali), Pelakon Wanita Terbaik (Sweet Qismina), Pengarah Harapan (Mohd Shah Faizul), Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik

Mohd Shah Faizul dalam ucapannya meluahkan rasa gembira atas kemenangan tersebut.

Saya percaya kemenangan ini kerana keikhlasan semua orang yang bertungkus lumus untuk Babah. Ini Rahsia Tuhan.

Dalam pada itu, dokumentari ‘Rindu Tak Berpenghujung’ terbitan Media Prima Berhad memenangi kategori Dokumentari Terbaik.

Anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik dimenangi olehl Sweet Qismina menerusi filem Babah, manakala Elly Suriaty memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Telaga Suriram.

Pelakon Filem Lelaki Terbaik pula dimenangi Qi Razali menerusi filem Babah.

Anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Harapan pula masing-masing dimenangi oleh Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council) dan Michelle Lungan (Tengkang).

Sebanyak 27 kategori disampaikan dan pemenang bakal menerima wang tunai RM5,000 dan trofi manakala pemenang Anugerah Khas bakal menerima RM10,000 dan trofi.

FFM34 dihoskan oleh Datuk Afdlin Shauki dan Che Puan Sarimah Ibrahim secara langsung di TV2 dan saluran YouTube FINAS.

Berikut senarai pemenang FFM34:

Filem Terbaik: Babah

Pengarah Terbaik: Syafiq Yusof

Pelakon Lelaki Terbaik: Qi Razali (Babah)

Pelakon Wanita Terbaik: Sweet Qismina (Babah)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafiq Kyle, Syazwan Zulkifly (Blood Brothers: Bara Naga)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elly Suriaty (Telaga Suriram)

Pelakon Lelaki Harapan: Amir Ahnaf ( Kahar: Kapla High Council)

Pelakon Wanita Harapan: Michelle Lungan (Tengkang)

Pengarah Harapan: Mohd Shah Faizul

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Puteri Rafasya (Telaga Suriram)

Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik: Defenderz Action Team (Blood Brother: Bara Naga)

Sinematografi Terbaik: Blood Brothers: Bara Naga

Lakon Layar Terbaik: Babah

Cerita Asal Terbaik: Babah

Penataan Seni Terbaik: Kulit Wayang

Penataan Bunyi Terbaik: Soloz: Game Of Life

Penyunting Terbaik: Soloz: Game Of Life

Lagu Tema Terbaik: Bara Jiwa (Blood Brothers: Bara Naga)

Skor Muzik Asal Terbaik: Soloz: Game Of Life

Kesan Khas Visual Terbaik: Soloz Game Of Life, Jehcob dan Sam

Poster Terbaik: Tengkang

Rekaan Kostum Busana Terbaik: Mencari Ramlee

Tatarias/Solekan Terbaik: Takluk: Lahad Datu

Dolumentari Terbaik: Rindu Tak Berpenghujung (Media Prima Berhad)

Filem Pendek Terbaik: Saranghae

Anugerah Filem Khas Box Office dengan kutipan sebanyak 73.64 juta

Anugerah Khas Juri 1: Filem Ejen Ali The Movie 2

Anugerah Khas Juri 2: Taklum: Lahad Datu

Anugerah Khas Karyawan: Hassan Mutalib

Anugerah Khas Sepanjang Zaman: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar