
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam kembali menuai perhatian ramai apabila bungkusan kotak pizzanya disertakan dengan ‘seni’ kedua anaknya iaitu Han dan Yuki.
Artikel Berkaitan: Jofliam Kongsi Foto Di Hospital, Beri Bayangan Isteri Sedang Hamil?
Artikel Berkaitan: Jofliam Yakin Sebut Lin Dan Sebagai Pemain Badminton Negara, Netizen Persoalkan Tahap ‘IQ’ – ‘Pengetahuan Am Ke Laut’
Kotak pizza

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, salah seorang pengguna meluahkan rasa berang apabila mendakwa Jofliam menggunakan anak-anaknya demi bisnes pizza.
Apa yang kau sangka sebenarnya? Campur adukkan bisnes dan contengan daripada anak-anak.
Kau nak apa sebenarnya? Berhenti gunakan anak-anak.
Dalam pada itu, individu tersebut berpendapat tindakan Jofliam kurang bijak dengan membiarkan anak-anak menconteng pada bungkusan kotak pizza.
Kalau aku sebagai pembeli, aku campak balik dekat muka kau.
Macam mana kehidupan kau yang pengotor macam ini la benda yang sama kau hidang pada pelanggan.
Sebagai pelanggan, aku ada hak sebab aku bayar guna duit. Bisnes tetap bisnes. Jangan campur aduk dengan yang lain.
‘Feedback’ pembeli

Sementara itu, pelanggan yang menerima bungkusan kotak pizza hasil seni kedua anak Jofliam itu menyifatkan dirinya sebagai pelanggan malang.
Sementara itu, individu terbabit meluahkan rasa kecewa terhadap roti pizza Jofliam yang disamakan dengan roti naan.
Saya lah pelanggan malang yang dapat kotak lukisan seni berat itu.
Beli sebab ‘Fomo’ saja nak rasa roti pizza dia tapi macam roti naan dekat kedai mamak.

Sumber: Threads @aliaa_mjd








