berita

Komited Bantu Golongan Terjejas Di Musim Wabak. Hashtag #PregoCares Terus Trending!

June 12th, 2020 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Situasi pandemik Covid-19 di Malaysia boleh dikatakan masih membimbangkan. Walaupun negara kini berada dalam fasa pemulihan dengan kes positif mencatatkan penurunan mendadak sejak beberapa hari lalu, namun kita belum boleh bersenang hati.

Paling menyedihkan, ada juga di antara kita yang kurang bernasib baik akibat hilang punca pendapatan. Prihatin dengan situasi semasa rakyat, hashtag #PregoCares mula jadi perhatian di media sosial. Nak tahu kenapa? Baca artikel ni sampai habis ya!

Jom membeli sambil beramal!

Sejak pandemik Covid-19 ini mula menular di Malaysia, Campbell Malaysia antara syarikat yang tampil membantu meringankan beban dan memberi sokongan kepada mereka yang terjejas.

Terkini, program pengumpulan Dana #PregoCares antara yang menerima sambutan hebat rakyat Malaysia. Mana taknya, dengan hanya membeli produk Prego, korang semua pun boleh turut sama menyumbang tau!

Bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2020, rebutlah peluang untuk membeli mana-mana produk Prego kerana sebanyak RM0.30 daripada setiap pembelian akan terus disalurkan ke tabung Dana #PregoCares. Nak senang korang boleh buat pembelian produk Prego di mana-mana kedai berhampiran atau terus je beli di Lazada!

Hasil sumbangan ini, pihak Campbell Malaysia akan menyediakan pek keperluan #PregoCares bernilai RM50 setiap satu yang dijangkakan akan memberi manfaat kepada 1,400 isi rumah.

Apa yang pasti, kami yakin hidangan makanan seimbang Prego untuk seisi keluarga jadi lebih bermakna apabila kita dapat berkongsi kebaikan dengan mereka yang memerlukan.

Ambil berat, kongsi berkat

Selain program pengumpulan Dana #PregoCares, pihak Campbell Malaysia juga tampil dengan inisiatif terpuji melalui satu lagi program amal iaitu Sumbangan Makanan #PregoCares yang telah bermula sejak 27 Mei 2020 dan bakal berakhir 29 Jun 2020 nanti.

Sepanjang program ini berlangsung, sebanyak 500 bungkusan makanan seimbang Prego mula diedarkan setiap hari kepada mereka yang memerlukan terdiri daripada komuniti B40 di sekitar Lembah Klang. Lebih mengagumkan, pihak Campbell Malaysia mensasarkan jumlah keseluruhan  14,000 bungkusan makanan selesai diedarkan dalam tempoh 28 hari program.

Program amal ini juga mendapat kerjasama penuh daripada Chef on Wheels dalam penyediaan makanan, manakala Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia pula membantu untuk mengedarkan makanan. Terbaiklah!

Sempena Syawal yang mulia ini, sambil kita menikmati hidangan sihat Prego bersama yang tersayang di hari raya, marilah berkongsi kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

Sebarang maklumat lanjut tentang #PregoCares korang boleh layari laman Facebook Prego Malaysia. Kami di OHBULAN! dan Campbell Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidlifitri, Maaf Zahir dan Batin!

#PregoCares #AmbilBeratKongsiBerkat

 

 

 

 

 

 

 

SKIP THIS AD ×