Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengenang kembali detik manis muncul sebagai Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Mimpi Hamil Kembar Tiga – ‘Dua Lelaki, Seorang Perempuan’

Kemenangan di ABPBH36

Menerusi hantaran di Threads, Uyaina, 33, menyifatkan kemenangan itu sebagai antara pencapaian paling bermakna dalam perjalanan seninya.

Throwback kepada salah satu detik paling manis dalam kerjaya saya sebagai pengacara televisyen.

Merangkul Anugerah Pengacara TV Popular di ABPBH36 tahun lalu benar-benar menjadi antara pencapaian terbaik dan terbesar buat saya sepanjang bergelar anak seni.

Tambah Uyaina, setiap kejayaan yang diraih meskipun mungkin dianggap kecil oleh sesetengah pihak, namun dia tetap berbangga dengan dirinya.

Walaupun masih banyak lagi impian yang ingin saya capai, setiap kejayaan walaupun mungkin nampak kecil di mata orang lain tetap saya hargai.

Dalam masa sama, ibu dua cahaya mata itu turut meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi tercalon dalam kategori sama pada edisi ABPBH ke-37 pada tahun ini.

Tahun ini tercalon dalam Top 10 juga. Memang terkejut. Tapi tetaplah, alhamdulillah.

ABPBH 37 bakal bersiaran secara langsung pada 12 Disember ini di TV3 jam 9 malam dan dihoskan oleh Raja Azura serta Shiha Zikir.

Sumber: Threads