Penyanyi, Sufi Rashid memilih jalan berdamai bersama pengasuh anaknya setelah didakwa berkasar terhadap wanita tersebut.

Artikel Berkaitan: Sufi Rashid Terbuka Selesai Cara Baik Isu ‘Babysitter’ – ‘Kita Sesama Islam, Dia Ajak Jumpa Saya Okay Sahaja’

Artikel Berkaitan: Isteri Sufi Rashid Tepis Dakwaan Culas Tanggungjawab Sebagai Ibu, Tugas ‘Babysitter’ Hanya Waktu Siang – ‘Susu Pun Saya Uruskan Sendiri’

Tindakan keterlaluan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Sufi akui tindakannya agak keterlaluan menerusi isu yang timbul.

Ujar Sufi, isterinya, Nurulain Md Yusof telah menerima banyak kecaman dan mesej berunsur negatif.

Selepas berbincang dengan lebih mendalam, saya dan isteri sedar bahawa kami mungkin telah bertindak secara berlebihan dalam isu ini.

Walaupun nama isteri saya tidak disebut secara langsung, konteks yang ada telah menyebabkan orang lain menyerang dia tanpa henti.

Isteri saya menerima banyak komen negatif. Sebagai suami, saya mahu mempertahankan isteri saya demi kesejahteraannya.

Jalan berdamai

Berkongsi lebih lanjut, Sufi mendakwa dirinya menghubungi pengasuh kerana enggan memanjangkan isu.

Tambahnya, dia sedia menanggung segala kerugian atau kesan negatif yang memberi tempias kepada pengasuh tersebut.

Untuk mengelakkan perkara ini berlarutan, kami telah menghubungi pengasuh tersebut untuk bertemu dan menyelesaikan hal ini secara baik.

Jika dia mengalami sebarang kerugian atau kesan negatif akibat isu ini, kami sedia bertanggungjawab dan akan menyokongnya dalam apa jua cara yang diperlukan.

Kami berharap isu ini dapat ditamatkan di sini dan tidak dipanjangkan lagi.

Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, dan semua yang memberi teguran ikhlas kepada kami.

Selepas ini, kami akan lebih berhati-hati dalam tindakan kami.

Terdahulu, seorang individu berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika dilantik sebagai pengasuh kepada pasangan suami isteri sewaktu bercuti ke luar negara.

Dakwa individu terbabit, dia perlu membuat kerja-kerja selain daripada tugas sebagai pengasuh selain menerima layanan kurang baik.

Sumber: Threads @sufierashid