
Kandungan ekstremisme hari ini tidak muncul dalam bentuk ancaman jelas. Banyak diselitkan melalui simbol, bahasa berkod dan visual yang diubah supaya tak dikesan awal.
Bila platform lambat bertindak, mesej berbahaya ini cepat merebak dan boleh mempengaruhi golongan yang terdedah secara senyap. Inilah sebab isu ini makin kritikal untuk diperhatikan sekarang.
Taktik “halus tapi bahaya” dalam penyebaran ekstremisme
Penghasut kini guna pendekatan halus seperti simbol, kod, lawak gelap atau visual edit yang nampak biasa, tapi sebenarnya bawa maksud ganas. Teknik ini buat kandungan nampak tidak berbahaya pada pandangan pertama.
Bila penerima mula engaged, naratif perlahan-lahan berubah kepada mesej yang normalisasikan tindakan ekstrem. Ramai tak sedar mereka sedang dipengaruhi dari konten “ringkas” yang viral.
Kenapa golongan tertentu lebih mudah terpengaruh?

Golongan belia, komuniti terpinggir, atau individu dalam keadaan tertekan lebih cenderung terdedah kepada mesej ekstremisme. Ini bukan sebab mereka lemah, tetapi sebab mereka lebih mencari rasa ‘dimengerti’ dan mudah terkesan dengan naratif yang mainkan emosi.
Apabila mereka terasing atau keliru dengan maklumat, mesej yang kononnya “bagi jawapan” atau “bawa penyelesaian” mudah buat mereka rasa terhubung, walaupun mesej itu sebenarnya membawa kepada ideologi ganas.
Konten bahaya merebak sekelip mata, jadi platform kena bertindak lebih pantas!

Kandungan ekstremisme boleh tersebar dalam masa beberapa minit bila tak disekat awal. Lagi lambat tindakan diambil, lagi tinggi risiko mesej itu viral dan mempengaruhi orang yang tak sepatutnya.
Platform digital perlu ada sistem moderation yang kuat termasuk sekatan awal, pemadaman kandungan, pengesanan automatik dan laporan pengguna yang jelas.
Tindakan tegas dan konsisten bukan saja hentikan penyebaran kandungan ganas, tapi juga lindungi persekitaran komunikasi yang selamat untuk semua.
MCMC komited kekang kandungan berbahaya demi keselamatan rakyat!
Sebagai badan yang memantau keselamatan komunikasi negara, MCMC sentiasa menekankan kepentingan platform digital untuk bertindak cepat dalam mengesan dan menyekat kandungan ekstremisme.
Dengan saluran pelaporan yang jelas, moderasi berterusan dan kerjasama antara agensi, usaha ini membantu mengurangkan risiko mesej berbahaya merebak dalam komuniti.
Kalau korang jumpa kandungan mencurigakan atau berpotensi hasut keganasan, laporkan segera melalui platform masing-masing atau saluran rasmi MCMC. Tindakan kecil daripada pengguna boleh cegah impak besar terhadap keselamatan negara.








