Seorang remaja perempuan yang sebelum ini disyaki menghadapi masalah gastrik sebenarnya sedang berbadan dua.

Sangka gastrik rupanya hamil

Foto: Artificial Intelligence (AI)

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Nilai iaitu Superitenden Johari Yahya memaklumkan pada awalnya remaja yang berusia 16 tahun itu mengadu sakit perut sebelum dibawa oleh ibunya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. 

Ketika itu, doktor mengesyaki ia hanyalah gastrik biasa. Namun, selepas beberapa bulan, perubahan pada tubuh remaja itu semakin jelas dan pemeriksaan lanjut mengesahkan dia mengandung.

Sebelum itu, wanita berkenaan membawa anaknya yang mengadu sakit perut ke klinik, namun ketika itu doktor mengesyakinya mengalami gastrik.

Beberapa bulan kemudian, mangsa telah buat rawatan susulan selepas perutnya dilihat makin membesar dan ibunya terkejut apabila pihak hospital mengesahkannya hamil.

Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada Mei lalu. Susulan laporan tersebut, polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 31 tahun yang didakwa terlibat dalam kes tersebut. 

Suspek yang merupakan rakan sekerrja mangsa telah ditahan di Balai Ketibaan KLIA lebih kurang jam 11.44 pagi pada Isnin.

Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku terlibat dalam kes rogol dengan mangsa yang merupakan rakan sekerjanya.

Selepas kejadian, suspek telah melarikan diri dengan pulang ke Bangladesh dan suspek mengaku melakukan perbuatan rogol tersebut sebanyak empat kali,.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk permohonan reman.

.Sumber: Sinar Harian