
Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming menjangkakan pelanggan yang bakal mengunjungi restorannya, Rembayung yang dijadualkan beroperasi pada Januari hadapan akan menghadapi masalah parkir dan kesesakan lalu lintas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming ‘Owner’ Restoran Rembayung, Simpan Rahsia Setahun – ‘Modal RM4 Juta Di Atas Tanah 8,000 Kaki’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mata & Telinga Dah Dilatih Untuk Dengar Komen’ – Khairul Aming Tak Sempat Rasa ‘Down’, Fokus Urus Bisnes
Harga KL

Khairul Aming, 33, berkata, bagi mengelakkan hal itu berlaku, dia menasihati orang ramai yang berhasrat ke restoran tersebut untuk menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan.
Saya cadangkan kepada pelanggan yang ingin datang supaya carpool atau menggunakan pengankutan awam. Restoran saya sangat dekat dengan monorel, boleh jalan kaki sahaja dalam lima minit. Boleh juga naik e-hailing.
Khairul Aming berkongsi perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok miliknya, pada Selasa.
Dalam pada itu, Khairul Aming memaklumkan bahawa restorannya akan menggunakan sistem tempahan awal dan tiada sistem ‘walk in’ bagi mengelakkan pelanggan menunggu lama serta memastikan keselesaan pengunjung.
Untuk pembukaan restoran juga tiada ‘walk in’, semuanya perlu tempah awal, ‘reservation’. Sebab saya tidak mahu pelanggan beratur di bawah panas atau hujan.
Mungkin ada yang sanggup beratur daripada malam lagi. Bukan kata saya syok sendiri, tetapi tidak mustahil berlaku.
Saya tidak akan pastikan perkara itu berlaku kerana tidak bagus untuk semua orang. Tidak elok untuk pelanggan dan juga untuk saya sebagai pengusaha restoran.
Terimalah hakikat bahawa hanya 200 orang sahaja boleh masuk untuk satu masa. Memang akan ada sistem yang mengawal perkara itu. Sistem ‘walk in’ akan jadi isu kelak kerana beratur sampai lapan jam.
Bercakap fasal harga pula, Khairul Aming mengakui harga hidangan adalah sesuai dengan lokasi serta suasana restoran tersebut.
Jujur saya cakap, saya tidak boleh letak harga murah untuk setiap hidangan. Harga mesra rakyat tidak boleh. Kerana lihat kepada suasana restoran tersebut.
Untuk membina restoran itu makan kos jutaan ringgit. Penghawa dingin sahaja sampai 12 biji dan perlu tambah lagi. Dengan pekerja 50 orang. Kos elektrik dan air juga perlu diambil kira.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
