
Penyanyi, Stacy kembali mewarnai industri muzik dengan melancarkan single terbaharu berjudul ‘Mega Ching!’, sebuah karya yang penuh dengan elemen muzik ‘dance’ terkini dan identiti tersendirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Cerewet, Anak-Anak Bebas Pilih Pasangan Hidup Sendiri’ – Rozita Che Wan
Semangat ‘bring it on’

Dicipta sepenuhnya oleh Stacy yang menggunakan nama pena Bunga Cantik, lagu ‘Mega Ching!’ hadir sebagai simbol ekspresi diri, keyakinan dan jiwa penghibur yang sudah sinonim dengan penyanyi kelahiran Sabah itu.
Mengulas mengenai inspirasi utama lagu ini, Stacy berkata ‘Mega Ching!’ datang daripada personaliti dan gaya dirinya sendiri.
Inspirasi utama lagu ini hadir ketika berada di atas pentas. Ia cara saya melunturkan rasa gementar dan mendisiplinkan diri ketika menyanyi sambil menari.
Peminat lama pasti tahu, maksud‘mega ching’ itu sendiri sama seperti‘Alamak! terlebih sudah’, karakter yang memang pernah saya bawa dulu.
Bagi saya, semua orang ada cerita masing-masing. Jadi, lagu ini jambatan untuk mengekspres perasaan. Apa pun situasi, saya lebih memilih untuk labelkan sebagai ‘ching’ sahaja iaitu mudah untuk ‘move on’.
Ia peringatan kepada diri sendiri agar emosi tidak terperangkap lama, lebih-lebih lagi pekerjaan ini perlukan mental yang sangat kuat.
Elemen sindir manja

Dalam pada itu, Stacy mendedahkan ‘Mega Ching!’ melalui proses pembikinan yang panjang dan teliti.
Lagu ini sepatutnya dibawakan di konsert ‘Aku Stacy’ di Kota Kinabalu pada Jun lalu, tetapi saya memilih untuk tidak tergesa-gesa. Hampir dua hingga tiga kali juga kami tukar melodi sepanjang lima bulan proses rakaman.
Lagu ini sangat berbeza daripada karya saya sebelum ini. Saya eksperimenkan ‘arrangement’ muzik EDM style K-pop yang digilai kini, bersama penggubah yang memang pakar genre tersebut.
Kemudian saya gabungkan melodi dan lirik yang masih mengekalkan karakter saya. Paling unik, kali pertama saya memasukkan elemen rap yang mana rap itu ada dialek Sabah.
Menggambarkan identiti muzik lagu ini, Stacy berkongsi rentak ‘Mega Ching!’ lebih ‘fun’, ‘energetic’ dan ‘confident booster’.
Lirik lagu ini berkisar persaingan sihat menerusi interpretasi ‘ching’ itu sendiri, dengan sedikit elemen sindir manja.
Mesej ingin disampaikan dalam lagu ini adalah ‘Bring it on!’. Lagu ini membawa aura positif iaitu teruskan usaha tanpa putus asa dan yakin dengan kelebihan diri. Tapi walau nak ‘mega ching’ sekalipun, tetaplah berpada-pada.
Mengenai video muzik lagu ini, Stacy hanya memberi jawapan ringkas iaitu ‘surprise’! Single ‘Mega Ching!’ terbitan Nova Music Malaysia boleh mula distrim di semua platform penstriman muzik pada 28 November 25.
Video lirik rasmi lagu tersebut boleh mula ditonton di saluran YouTube ‘Rhythm & Rhyme Entertainment’ pada hari yang sama jam 8 malam.






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
