Kita tidak boleh menafikan penggunaan telefon pintar dan media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan anak-anak masa kini. Dari hiburan, komunikasi hinggalah proses pembelajaran, semuanya melibatkan dunia digital.

Namun, sebagai ibu bapa, tipulah kalau kita tak bimbang terutama sekali tentang keselamatan anak-anak di media sosial, masa skrin dan pengaruh luar yang mungkin menjebak anak-anak melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Kini, ibu bapa boleh menarik nafas lega kerana Meta telah memperkenalkan satu ciri khas dikenali sebagai Family Center untuk membantu ibu bapa memantau sekali gus menjadi lebih peka tentang aktiviti online anak-anak.

Apa itu Family Center?

Family Center ialah ciri daripada Meta yang membolehkan ibu bapa memantau dan mengurus pengalaman digital anak-anak di platform seperti Facebook, Instagram dan Messenger.

Hanya menggunakan satu papan pemuka, ibu bapa boleh mengakses tetapan pengawasan dan melihat maklumat penggunaan serta mendapatkan panduan keselamatan digital. Ciri ini direka untuk memberi ibu bapa kawalan asas tanpa melanggar privasi anak-anak.

Ringkasnya, Family Center membantu ibu bapa memahami apa yang berlaku dalam dunia digital anak-anak tanpa perlu memerhati setiap langkah mereka.

Langkah ringkas mula gunakan Family Center

Family Center

Sebenarnya senang je nak guna Family Center, korang cuma perlu ikut langkah-langkah di bawah:-

  1. Akses Family Center melalui aplikasi Facebook atau Instagram
  2. Pilih akaun anak yang ingin diselia dan aktifkan ciri pengawasan
  3. Tetapkan had masa penggunaan media sosial mengikut kesesuaian
  4. Aktifkan notifikasi keselamatan seperti sekatan dan laporan akaun
  5. Semak tetapan secara berkala untuk pastikan kawalan kekal relevan

Korang boleh urus semua tetapan ini dari satu papan pemuka. So, sangat mudah untuk ibu bapa pantau dan kawal penggunaan internet anak-anak.

Kelebihan Family Center untuk ibu bapa & anak

Family Center

1. Kawalan masa skrin yang lebih baik

Family Center membolehkan ibu bapa melihat anggaran masa yang dihabiskan oleh anak-anak di platform Meta. dari sini ibubapa dapat menentukan had penggunaan atau waktu rehat. Ini membantu mengelakkan penggunaan berlebihan walaupun ibu bapa sedang sibuk bekerja.

2. Pantau interaksi dan keselamatan

Ibu bapa boleh mengetahui akaun yang mengikuti dan diikuti anak-anak. Notifikasi akan diberikan jika anak menyekat atau melaporkan akaun tertentu sekali gus memberi gambaran awal sekiranya berlaku perkara mencurigakan.

3. Akses kepada panduan ibu bapa

Family Center turut menyediakan sumber dan panduan untuk membantu ibu bapa memahami isu keselamatan, privasi dan kesejahteraan digital anak-anak dalam jangka panjang.

4. Kawalan tanpa melanggar privasi

Walaupun menawarkan ciri pemantauan, namun Family Center tetap mengehadkan akses ibu bapa daripada membaca mesej peribadi anak-anak untuk memberikan keseimbangan antara kawalan dan kepercayaan.

Family Center bantu kawal aktiviti online anak-anak

Apa yang min boleh katakan, Family Center ialah satu langkah proaktif untuk ibu bapa memahami dan mengawal penggunaan media sosial anak-anak. Dengan tetapan yang jelas dan mudah diakses, ibu bapa dapat memastikan anak-anak menggunakan internet secara lebih selamat dan bertanggungjawab.

Bukan apa, dalam dunia digital yang serba pantas, Family Center merupakan satu kemudahan untuk ibu bapa pantau dan ambil berat tentang aktiviti online anak-anak tanpa perlu berada di belakang skrin anak-anak.