Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu lah perumpamaan yang paling sesuai menggambarkan detik cemas yang dialami Azlina Mohd Noor sekeluarga apabila anak buahnya disahkan positif Covid-19, Menerusi perkongsian di Facebook, wanita ini menceritakan kisah sebenar yang berlaku dalam keluarga mereka berhubungan kes berkenaan.
Tujuan jelaskan keadaan sebenar
Tujuan posting saya kali ini adalah bagi menjelaskan keadaan semasa keluarga kami yang mana mungkin ada terdapat salah faham dalam kalangan penduduk kampung.
Pada 13 Jun 2020, pihak KKM menghubungi kak ipar iaitu ibu kepada Puteri Uzma (positif covid-19) pada masa lebih kurang jam 12 tengah hari memaklumkan bahawa keputusan saringan anak buah kami adalah positif. Untuk makluman, saringan yang di buat pada 3 hari sebelum adalah bertujuan untuk kegunaan kemasukkan semula ke Mahad Tahfiz.
Tidak menunjukkan simptom jangkitan
Seperti yang anda sedia maklum di sidang media Dato Noor Hisham mahupon melalui akhbar online, anak buah kami di letakkan dibawah golongan yang tidak bergejala. Ini bermakna, tiada simptom yang ditunjukkan beliau mahupun sesiapa di dalam rumah kami sepanjang PKP dikuatkuasa.
Setelah keputusan diperoleh, pihak KKM meminta Puteri untuk bersiap sedia untuk di bawa ke Hospital Ipoh bagi tujuan pemantauan kesihatan beliau. Manakala kami di rumah di minta untuk berada di rumah dan beberapa Pegawai KKM masuk ke dalam rumah dengan kelengkapan PPE bagi sanitasi kediaman kami.
Semasa proses sanitasi, Pegawai KKM menemuramah setiap dari kami bagi mengenalpasti punca jangkitan virus ini. Kami di minta untuk membuat saringan di Klinik Kesihatan Teluk Intan pada keesokkan harinya.
Lakukan ujian saringan
Pada 14 Jun 2020, pihak KKM (1 ambulans, 1 van , 1 kereta) tiba di hadapan rumah pada jam lebih kurang 8.30 pagi. Ambulans untuk membawa dan menghantar ibu mertua saya (stroke) iaitu nenek kepada Puteri Uzma. Van pula membawa 1 keluarga kakak ipar saya di sebelah rumah manakala kereta, pegawai KKM.
Kesemua mereka di bawa ke Klinik Kesihatan Teluk Intan bagi tujuan saringan.. Tiada seorang pon yang terlepas ya untuk proses ini. 12pm, pihak KKM sekali lagi datang ke rumah kami untuk memaklumkan bahawa 2 keluarga abang ipar saya (yang bersama kami sejak Jumaat) akan di bawa ke Pusat Kuarantin di Ipoh bagi tujuan pengasingan.
Walaupun rumah besar, akan tetapi pihak KKM khuatir sekiranya kami tidak dapat mematuhi SOP yang ditetapkan, alasan lain juga adalah kerana mereka baru bermalam semalaman di rumah (masih contact rapat pada Puteri sebab dah jumpa). Mereka semua di minta untuk bersiap sedia untuk di bawa pada jam 2.30 petang.
Keputusan akan keluar
Pada 2:30pm, keadaan makin panik bagi penduduk kampung apabila 1 bas dan beberapa anggota polis, JPAM, ATM dan lain-lain berada di jalan besar nak masuk lorong ke rumah kami. Saya faham anda panik, tapi ingin saya maklumkan bahawa setiap dari mereka yang menaikki bas tersebut telah di saring pagi tadi dan keputusan kami semua insya Allah akan keluar esok (paling awal) atau 3 hari lagi (paling lewat).
Selain daripada 2 keluarga abang ipar, terdapat 1 lagi keluarga iaitu anak buah kami yang sama situasi seperti yang lain tetapi menetap di rumah berlainan (rumah kakak ipar di lorong lain). Setakat ini, tiada arahan untuk memasang pagar besi, tiada arahan untuk lockdown kampung kami dan saya mewakili ahli keluarga memohon maaf kerana membuat penduduk kampung berasa panik dengan situasi yang dilihat secara mengejut
Keputusan Puteri Uzma negatif
Sejujurnya, kami sebagai ahli keluarga juga tidak menyangka dengan ujian ini. Sebaik berita di terima, kami redha dan akur. Kami tidak lari ke mana, kami menurut arahan dari pihak berkuasa. Setakat ini, 5 buah rumah di kuarantin di Sungai Manila.
1. Rumah Ustazah Zarina (kakak ipar -bawah rumah)
2. Rumah Mohd Razif (suami)
3. Rumah Kang Dollah (biras sebelah rumah)
4. Rumah Imam Mawardi (biras)
5. Rumah Mahpot (Abang Ipar)
Bagi yang mungkin tertanya status anda yang berjumpa dengan kami suami isteri, buat masa ini kami mohon anda bertenang dan doakan keputusan kami serta yang lain negatif. Kami akan maklumkan dari masa ke semasa. Update terkini pada 14 Jun (10pm), result Puteri Uzma adalah negatif.
15 Jun 2020, ujian darah kami semua pagi ni negatif. 6 orang yang terlibat dalam saringan pagi ini iaitu Bonda Rogayah, Ustazah Zurina (ibu Puteri Uzma), Intan Balqis (kakak Puteri), Syifa Amani (Adik Puteri), Mohd Razif (Suami/Pakcik) dan Azlina.
Keputusan Puteri Uzma kekal negatif. Keputusan saringan semalam bagi yang rumah lain dan yang dikuarantin di Ipoh juga negatif.
Sumber: Azlina Mohd Noor