Berita kematian pelakon Bollywood iaitu Sushant Singh Rajput di kediamannya di Mumbai, India telah mengejutkan ramai pihak. Rakan industri Bollywood mahupun Hollywood turut menyampaikan salam takziah atas kematian pelakon filem Dil Bechara itu.
Terbaru, menerusi laporan pihak polis Mumbai yang menjalankan siasatan ke atas kematian pelakon itu mendapati mendiang telah makan sebiji tablet dipercayai ubat kemurungan.
Ketuk pintu berkali-kali
Pada pagi hari sebelum kejadian, Sushant Singh baru sahaja selesai berborak bersama kakaknya melalui telefon jam 9.00 pagi waktu tempatan. Selepas satu jam daripada itu, dia telah minum segelas jus oren dan makan ubat.
Tukang masak di dalam rumah berkenaan mengetuk pintu bilik mangsa berkali-kali pada 11.30 pagi bagi mengesahkan menu yang dibuatnya. Malah, dua daripada rakan pelakon yang turut tinggal di kediaman berkenaan juga cuba untuk mengetuk pintu bilik namun, tiada sebarang respon. Kemudian, rakan serumah bertindak menelefon pihak polis berdekatan.
Tiada nota ditinggalkan
Memetik laporan The Economic Times, pihak polis mempercayai bahawa kematian pelakon itu disebabkan faktor kemurungan yang dihadapinya. Mayat ditemui tergantung di dalam sebuah bilik di kediaman di pangsapuri Bandra pada awal pagi hari Ahad (15 Jun 2020).
Menerusi siasatan yang dijalankan, pihak polis Mumbai menemui ubat-ubatan yang dipercayai ubat mengatasi kemurungan. Malah, tiada nota terakhir atau tanda-tanda lain ditemui.
Alami penyakit jenis asphyxia
Menerusi laporan Mirror Now, Sushant Singh sebelum ini pernah menjalani rawatan di Hospital Hinduja Mumbai. Laporan bedah siasat yang dijalankan mendapati pelakon lelaki berkenaan mengalami penyakit jenis asphyxia. Situasi ini menyebabkan mangsa kekurangan sumber oksigen dan boleh menyakibatkan sesak nafas atau kematian.
Sumber: The Economic Times