
Pelakon, Hariz Hamdan tampil menjernihkan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi, sekali gus menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan kerja.
Artikel Berkaitan: Isu iPhone, Hariz Hamdan Belum Sempat Tanya Khabar Hazwani Helmi – ‘Kita Bukan Sesiapa Nak Tentukan Salah Betul’
Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Lega Hazwani Helmi Selamat Pulang, Netizen Beri ‘Greenlight’ – ‘Jangan Sampai 40 Orang Doakan’
Sekadar kawan

Hariz atau nama lengkap Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 23, berkata berkemungkinan dakwaan yang berlegar sejak kebelakangan ini timbul berikutan keserasian mereka ketika bekerjasama dalam beberapa projek.
Saya sedar memang ada yang mengaitkan saya dengan Hazwani dan menganggap kami mempunyai hubungan istimewa. Namun hakikatnya, kami hanya rakan sekerja dan tiada apa-apa yang lebih daripada itu.
Apabila sering bekerjasama, perkara seperti ini memang sukar dielakkan, terutamanya apabila peminat mula buat andaian sendiri.
Saya tidak menyalahkan mereka kerana mungkin mereka suka melihat kami bersama, tetapi setakat ini hubungan kami profesional sahaja.
Hariz berkata demikian ketika ditemui pada The Power Play Pickelball Tournament 2025, yang berlangsung di Tomaz Pickelball, pada Isnin.
Dalam masa sama, Hariz turut mengakui Hazwani memiliki keperibadian yang baik dan menepati ciri wanita idamannya.
Namun begitu, Hariz memilih untuk tidak mendahului takdir dan menyerahkan sepenuhnya soal jodoh kepada ketentuan Yang Maha Esa.
Soal jodoh ini semuanya di tangan Allah. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan, jadi lebih baik kita berdoa yang baik-baik sahaja.
Hazwani sememangnya mempunyai ciri-ciri wanita idaman dan saya yakin bukan saya seorang yang melihat perkara itu. Peribadinya sangat baik dan akhlaknya juga terpuji. Buat masa sekarang, kami rakan sekerja, itu sahaja.








