
Personaliti media sosial, Ceddy Ang kini mengembangkan bakatnya ke arena muzik menerusi single pertamanya berjudul ‘Selangkah’.
Artikel Berkaitan: VIDEO] Ceddy Ang Mohon Tidak Generalisasikan Orang Cina Tak Mandi – ‘Anda Tak Bau, Bukan Bermaksud Orang Lain Tak Bau’
Artikel Berkaitan: Ceddy Tempelak Individu Dakwa Nabila Huda Punca Pergaduhan – ‘Dah Tua Pun Ada Yang B*doh’
Tentang liku kehidupan

Lagu ini membawa mesej mendalam tentang perjalanan pembangunan diri, proses pemulihan emosi, dan keberanian untuk terus maju walaupun menghadapi cabaran.
‘Selangkah’ digubah oleh penyanyi dan penulis lagu, Amir Jahari, yang mendapat inspirasi daripada perbualan mendalam bersama Ceddy tentang liku kehidupan, pengalaman peribadi, serta cabaran emosi yang sering tersembunyi di sebalik imejnya.
Hasilnya adalah sebuah karya muzik yang tulus, ringkas, dan penuh keprihatinan. Minatnya dalam dunia muzik juga bermula secara spontan dan tanpa dirancang.
Saya mula mengambil kelas vokal dengan niat untuk memperbaiki kawalan suara bagi tujuan pengacaraan.
Namun sepanjang proses pembelajaran bersama Cikgu Shafi, saya mula menyedari minat yang lebih mendalam terhadap nyanyian.
Dari situ, keinginan untuk mencuba bidang muzik mula berkembang secara perlahan. Selangkah demi selangkah.
Perjalanan memaafkan diri sendiri

Dari segi muzik, ‘Selangkah’ menampilkan gaya pop kontemporari yang diperkaya dengan nuansa city-pop lembut dan penuh nostalgia. Ianya selari dengan mood introspektif lagu ini.
Liriknya menyingkap rasa gelisah, kesepian, serta perjalanan dalam memaafkan diri sendiri sebagai langkah untuk melangkah maju dalam hidup.
Lagu ini bukan tentang kesempurnaan. Ia tentang menerima kesilapan, belajar daripadanya dan terus berjalan walaupun langkah itu kecil.
‘Selangkah’ juga membawa mesej harapan kepada pendengar bahawa setiap individu melalui perjalanan hidup yang berbeza, dan tidak perlu khuatir untuk bergerak perlahan asalkan tidak berhenti.
Single pertama Ceddy, boleh didengari bermula 26 Disember 2025, di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, dan YouTube..







