![[VIDEO] Dituduh Mabuk Ketika ‘Live’, Haqiem Stopa Hilang Sabar – ‘Kau Fitnah Macam-Macam, Ingat Aku Robot Ke?’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/haqiem-stopa-5.jpg)
Pempengaruh dan ikon permotoran kontroversi, Haqiem Stopa, meluahkan rasa kesal dan berang apabila dituduh mengambil minuman keras.
Artikel Berkaitan: ‘Jika Masih Dipertemukan, Aku Harap Kita Datang Dengan Hati Lebih Lembut & Ruang Maaf Yang Luas’ – Haqiem Stopa
Artikel Berkaitan: Malam Satu Rejab Jadi Saksi, Haqiem Stopa ‘Berjuang’ Doa Rumah Tangga Dengan Aireena Sofia
Mabuk?
Menerusi satu potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, dilihat menjawab pelbagai soalan yang diajukan netizen.
Ketika itu, dia berada di restoran miliknya yang baru sahaja beroperasi.
Bagaimanapun, Haqiem tidak dapat menahan sabar apabila terdapat banyak komen yang mendakwa dirinya mabuk semasa bersiaran langsung di TikTok.
Saya nak tahu kenapa cakap saya mabuk?
Siapa cakap saya mabuk? Banyak orang komen.
Nak tengok saya mabuk betul-betul? Mari aku bawa. Cakap saja tak guna.
Dalam pada itu, Haqiem bergegas ke kedai serbaneka untuk membeli minuman keras namun dihalang rakannya.
Daripada kau tuduh, baik aku buat betul-betul.
Kau fitnah aku macam-macam. Ingat aku ini robot ke?
Berehat daripada media sosial




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen simpati melihat nasib Haqiem yang sentiasa menjadi sasaran netizen ekoran kemelut rumah tangganya bersama Aireena Sofia yang masih belum selesai.
Selain itu, warganet turut menasihati agar Haqiem tidak menggunakan media sosial demi kesejahteraan dirinya.
Terdahulu, Haqiem menyatakan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan oleh Aireena pada 4 November lalu.
Sebelum ini, Aireena mendakwa suaminya itu berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka. Bagaimanapun, Haqiem enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.
Sekadar info, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.
Sumber: TikTok @ajwanim






![[VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/syed-saddiq-8.jpg)

